Hari 1 : Terokai Pulau Belitung , Indonesia Dengan Pakej MTN Gateways Pte. Ltd

Friday, January 25, 2019


Salam uolls ,

PULAU BELITUNG , Ty gerenti ramai di antara pembaca tak berapa tahu di mana lokasi pulau ni sebab tak se-glamor pulau - pulau lain di Indonesia yang selalu kita dengar sebelum ni. Tapi Ty mula mengenali mengenai Pulau Belitung sejak Ty terlayan drama Kekasih Paksa Rela pada awal -awal tahun baru ni yang dibintangi Ain Edruce , Remy Ishak dan Intan Najuwa. Dan bila dapat ikuti FAM Trip ini , sudah semestinya Ty eksaited yakmat sebab jiwa Ty la ke pulau layan laut.


Untuk ke Belitung , hanya flight dari Singapore merupakan penerbangan antarabangsa yang ada pada masa kini. Bagi penerbangan domestik , boleh fly dari Jakarta atau Bandung
Info ini mungkin berubah , ini adalah makluman buat masa ini.

Ty gerak naik bus dari TBS ke Singapore. Meredah MRT dari stesen Lavender terus ke Changi Airport untuk berkumpul dengan semua rakan media sebelum segerompolan kami menghuru-harakan suasana pesawat Garuda Indonesia.

Alhamdulillah , lapik perut  on board.

Perjalanan dalam masa 1 jam. Tapi perbezaan waktu seakan 2 jam. Jangan cemas lak dan kena maklum tersayang di Semenanjung tentang perbezaan masa ni , silap - silap boleh gaduh pula lambat reply text.


Sampai ja Lapangan Terbangan Belitung , kami naik bas dan terus di bawa ke Restoran Raja Seafood untuk makan malam.


Memandangkan ada di pulau , makanya hidangan kami semestinya lebih kepada seafood. Dan makanan yang disajikan memang sedap.


Penginapan selama 4 hari 3 malam Ty dan rakan media yang lain di Golden Tulip. Hotel ni memang selesa , cafe - restoran dia punya makanan sesedap. Puas hati kot if uolls stay sini.


Badan dah lemau , masing - masing bersihkan diri dan berehat dan mula prepare untuk hari dan aktiviti esoknya.

K jom baca for my second day in Belitung! ( klik )

2 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.