Dari Air Terjun Sungai Gabai ke Pantai Teluk Kemang

Monday, May 4, 2015

Lepu binti mereput cuti 4 hari kalau tak ada aktiviti nak di buat. Rata - rata kengkawan semua balik kampung, sanggup redah jem tapi bagi Ty dengan geng bujang opis cadangnya nak mandi sungai kat Sungai Tekala. Sayangnya sampai ja, ada notis penutupan sebab pembersihan kencing tikus. Teruskan perjalanan ke Air Terjun Sungai Gabai.


Layankan je permintaan geng opis yang gian nak mandi air sungai la air terjun. Tercungap juga dibuatnya nak naik tangga naik ke atas. Tak padan dengan kaki baru nak recover. 

Makan ke melantak?

Rezeki. Masing - masing bawa bekalan macam nak suh kenyang sampai ke malam. Dengan jajan segala lagi sebenarnya. Lebih kepada makan dari berendam sebenarnya. Mengundang mata sepet tuk tidur juga.

Kemain seronok dierorang kan

Lepas berendam,  semua dah letih. Makan tidur tapi tak selesa nak melepak lama memandangkan hari dah mula panas lagipun orang mula ramai. Berkemas kononnya nak balik, dalam perjalanan boleh berubah fikiran nak bawa dierorang jalan - jalan sampai ke Negeri Sembilan.


Yehaaa, ke Teluk Kemang. Bersantai di persisiran pantai sambil borak kosong sampai hari nak senja. Hampir juga layan banana boat tapi semua dah lemau dan malas nak salin baju lagi.

Hari dah nak ke senja

Aksi lompat ni WAJIB

Fuh! Penuh aktiviti santai seharian dengan geng opis dari pagi lepas Subuh sampai ke malam. Terbongkang semua balik rumah. 

2 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.