Bulan Ramadhan lagi berapa hari sahaja lagi , meh Ty cadangkan tempat berbuka puasa dengan promosi yang menarik lagi hebat. Bangi Golf Resort Restaurant menyediakan Bufet Ramadhan yang akan bermula pada 21 Jun 2015 sehingga 15 Julai 2015. Harga yang ditawarkan dari harga serendah ; RM27 untuk kanak-kanak dan RM55 untuk orang dewasa dan waktu operasi bermula pada pukul 6.30 pagi - 9.30 malam setiap hari .
Suasana di dalam dewan Kenanga yang boleh memuatkan hampir 500 orang.
Menu "Signature" BGR ; Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma & Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma
Hampir 200 pelbagai jenis sajian istimewa dari pelbagai citarasa iaitu masakan melayu popular, sajian barat dan masakan timu dihidangkan untuk pengunjung. Antara menu yang menjadi tumpuan utama pengunjung setiap kali tiba bulan Ramadhan semestinya Kambing Bakar. Selain kambing bakar , boleh juga cuba Sup Kambing Mamak.
Antara menu lain yang disediakan adalah Mee Rebus , Pasembur , Butter Prawn , Black Pepper Beef , Teriyaki Chicken , Fish Fillet w Lemongrass Sauce , Grilled Boneless Chicken w Creamy Mushroom Sauce w Oven Roasted Potato , Beef Lasagne , Chessy Veggetable Baked , Satay Ayam & Daging , 3 jenis kerabu dan banyak lagi. Pastinya semua sedap !
Aneka pilihan pencuci mulut / pemanis mulut juga disediakan yang ditempatkan khas di salam semua kawasan yang besar. Dari kuih - muih ala tradisional Melayu hingga ala - ala western dan antaranya ialah seperti Pulut Panggang , Kuih Kasoi , Italian Tiramisu , Blueberry Cheese Cake , Chocolate Eclair , Lemang , Young Coconut Jelly , Peanut Butter Swiss Roll , Chocolate Brownies , Tea Infused Chocolate Tarlet , Oreo Cheese Cake dan banyak lagi.
Spanish Churo with Thick Chocolate Sauce menjadi kegemaran Ty.
Pengunjung tidak perlu risau tentang kemudahan lot parkir kerana BGR telah menyediakan sebanyak 800 lot parkir secara percuma . Begitu juga dengan kemudahan surau lelaki dan wanita turut disediakan untuk keselesaan semua pengunjung bagi menunaikan ibadah solat terawih.
Untuk tempahan dan pertanyaan, boleh menghubungi Pn. Luliy Shalwanidi di talian 0162678284 / 0169645544 atau emelkan ke alamat ; [email protected].
Alamat :
Bangi Golf Resort Restaurant Sdn. Bhd
No.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor.
Telefon :
03-8925 3728 / 03-8210 0265
Faksimili :
03-8925 3727 / 03-8925 3726
Emel:
Laman Web Rasmi :
Facebook :
Akak juju pernah berbuka disini...mmg terbaikkkkkkkkkkkkk!
ReplyDeletewah.. nampak menarik betul kat sini... hehehe
ReplyDeleteAssalam ty,
ReplyDeleteuwawawawawaa
sob3 lagiiii
jauuuhhhhh
pos sket he3
#BloggerUtara