Cabaran 30 Hari : Hari 15 - Surat Kepada Seseorang

Monday, September 15, 2014

Salam u olls ,

Cabaran 30 Hari dah pun separuh bulan , jangan mengelat ye kengkawan , teruskan mencabar diri u olls untuk teruskan menaip cabaran ini sehingga habis. Kalau tidak bukan cabaran lah namanya kan?!

Hari 15 :
Surat Kepada Seseorang

Warkah buat kekasih? Maaf. Salah sama sekali.

Ty tak de seseorang sangatlah nak tuju surat ringkas ni , tapi secara umum yang mengenali Ty tak kira secara peribadi mahupun sekadar menjadi rakan di alam maya. Di mana ukhuwah persahabatan terjalin kerana kita adalah blogger tanpa mengira darjat. Yang mana bajet - bajet tu , beringatlah ada pasang dan surut. 

Terima kasih , atas segalanya. Sepanjang perkenalan kita , terima kerenah dan keloloh Ty , layan kepala angin Ty , yang penting masih ada secebis ketulan yang dinamakan kepercayaan terhadap Ty. Dan masih terus dan terus menyayangi Ty sebagai seorang teman dan hubungan kita mungkin seumpama sebuah keluarga tanpa atau dengan kita sedar.

Setiap kekhilafan yang lepas , mohon maaf. Ty akui , Ty memang agak lantang dan agak kasar bahasanya ketika bertutur. Bak kata orang , biar banyak mulut / bising daripada mereka yang pendiam. Sebabnya orang cenggini lah yang lebih baik dalam sebuah kejujuran. U olls , akui tak?

Yes , I is jujur.

Jadi , sebabkan Ty jujur. Ty nak minta jasa baik yang baca dan kenal Ty rapat terutamanya , andai esok tiada lagi Ty di muka bumi Allah ni , jangan lupa Ty ye.

Yang paling segala bapak penting, tolong jangan buang bantal buchuk Ty dan lenyapkan dia dari dunia. Itulah satu - satunya yang akan membuat u olls masih ada Ty.

Sementara hidup , support la Ty dalam apa jua Ty buat terutamanya dalam industri blog.

9 comments

  1. Am always support you kak ty... Sayang kak ty forever!

    ReplyDelete
  2. yup akui.. hehehe, jangan lupa kita gak. huhu

    ReplyDelete
  3. good letter :d

    http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2014/09/cabaran-30-hari-hari-15-surat-kepada.html

    ReplyDelete
  4. Ty , sedih plk pcl baca warkah Ty ... jujur.

    ReplyDelete
  5. Allah..ada bantai busuk gak ke? Haha..

    ReplyDelete
  6. ececeh. jangan buang bantal busuk :D
    Yani skip cabaran ni, tak tau nk tulis apa.

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.