Salam Lebaran 2014 buat semua rakan alam maya ; bloggers - rakan media , juga pembaca blog ini yang tak kira berada di mana. Dengan rasa rendah diri, mohon ampun dan maaf di atas segala kekhilafan yang secara tidak sengaja dan terkasar tutur bahasa sehinggakan mengguris mana - mana pihak.
Pada mereka yang pulang ke kampung halaman bagi menyambut perayaan Hari Raya bersama keluarga tersayang, rancanglah perjalanan dan jadilah pemandu yang berhemah di jalan raya. Pandu cermat, ingatlah mereka yang tersayang.
Dalam kita bergembira menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan pelbagai persiapan raya yang serba baru serta bermacam jenis juadah hidangan, beringatlah pada mereka yang serba kekurangan. Dan sama - samalah kita mendoakan kepada mangsa - mangsa #MH370, #MH17, #Sabah dan kesejahteraan negara #Malaysia serta juga saudara kita di #Gaza #Palestin.
Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf 'tuk segala-galanya.
salam aidilfitri yanty
ReplyDeleteSelamat Hari Raya sis Nadia!
Deleteselamat hari ty. ampun maaf kalau ada salah silap ye. nanti kalau balik penang rojer awal2 sikit tau kot blh melepak kt memana hihihi
ReplyDeleteOkay , In sha Allah kita jumpa.
DeleteSelamat Hari raya !
ReplyDeleteSama-sama , Selamat Hari Raya!
DeleteAssalamualaikum TY, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin
ReplyDeleteWassalam Sheila , Selamat Hari Raya juga. O - O ye!
Delete