Salam u olls ,
Kurang lagi seminggu sahaja lagi saja Ramadhan bakal meninggalkan kita dan seluruh umat Islam pastinya akan merindui bulan yang mulia ini. Sambil itu mesti semua dah sibuk dengan persiapan untuk menyambut hari raya nanti.
Sempenan bulan Ramadhan ini , pihak EDEN Catering bergabung dan bekerjasama dengan pihak TM Convention Centre bagi menjayakan "Jom Iftar @ TMCC , Menara TM" yang telah bermula pada 4 Julai 2014 hingga 25 Julai 2014. Penyediaan adalah secara buffet.
Sebelum balik ke kampung halaman , jom singgah di TMCC , Menara TM untuk berbuka puasa yang menawarkankan pelbagai jenis hidangan. Antaranya hidangan Melayu , Barat , dan Oriental termasuklah makanan popular di kalangan masyarakat rakyat Malaysia seperti Penang Char Koay Teow , Kambing Panggang dan Nasib Arab.
Antara menu yang sempat Ty cuba dan pastinya setiap makanan sedap dan tak ada kurang dalam setiap masakan.
Mee Rebus
Sambil menikmati hidangan berbuka puasa , pelanggan akan dihiburkan dengan persembahan muzik tradisional. Surau disediakan secara berasingan bagi mereka menunaikan solat. Yang pastinya parkir adalah percuma kepada para pelanggan yang datang.
Harga buffet bagi orang dewasa ialah RM75 dan bagi kanak - kanak pula , RM30 dan adalah PERCUMA bagi kanak - kanak yang berumur di bawah 3 tahun. Terdapat pakej kumpulan , di mana setiap kumpulan 10 orang dewasa , PERCUMA bagi dewasa yang ke - 11. Tempahan awal adalah digalakkan. Buffet akan bermula dari jam 6.30 petang hingga 10 malam pada setiap hari.
Untuk tempahan , bolehlah menghubungi :-
- Telefon : 03-22401012 / 019-2594334
- Emel : [email protected]
- Website : www.edenfood.com.my
Apa lagi korang? Rancang la , jangan lupa cuba Char Koay Teow dan Teh Tarik dari EDEN ini , memang sedap. Ramai yang tergila bayang nak makan lagi.
Kami dari KBBA ; #kelabbloggerbenashaari , antara yang memeriahkan suasana berbuka pada Sabtu lepas. Riuh dan meriah , tambahan pula anak - anak comel yang seronok bila dah jumpa geng. Kecian mak ayah nya nak mengejar.
Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya!
wowww...dia punya menu..perghhhh
ReplyDeletesangat pergh Montana!
DeleteMee rebus tu sedap kan.. kambing pun sedap.. kuey teow pun.. eh.. semua la sedap. Hahaha
ReplyDeletesedap ye semua semua sedap
DeleteSenang citer semuanya sedap.....hahaha
ReplyDeleteYeah senang cerita , semua memang sememangnya sedap.
Deletehe he he...nice to meet you ty.... finally...
ReplyDeleteYehaa , at last we meet up!
DeleteBila lah dapat jumpa dengan korang semua.. huaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteRaya nanti kita semua berkumpul ye , In sha Allah
DeleteArghhhh, bentan aku tengok keceriaan korang di sini hehehe :p
ReplyDeleteHuyoo sampai bentan ye akak tgok ... giler argh
DeleteAssalamualaikum TY, pengat ubi kayu tu legend. hahaha terliur sheila tengok ~~~
ReplyDeleteLepas pantang nanti buat Sheila..makan puas2
Deletegiler terliur teruss (T___T)
ReplyDeleteTerliur sudahla Erra jangan la gimer pula
Delete