Salam u olls ,
Tahniah kepada adik - adik yang mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan SPM 2013. Sebak juga tengok berita semalam dengan babak sedih dan gembira yang dirasai oleh pelajar - pelajar yang mendapat keputusan cemerlang.
Selain mengharumkan nama sekolah dan nama keluarga , pencapaian yang dicapai oleh adik - adik memang sangat membanggakan. Thumbs up la u olls!
Adik - adik SPM Leavers , meh mohon biasiswa dari tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Cara - cara memohon Program Kejuruteraan - Jepun , Korea , Preancis dan Jerman.
- Layari ke laman web rasmi JPA : http://www.jpa.gov.my/
- Klik pada PROGRAM KEJURUTERAAN (JERMAN, PERANCIS, JEPUN DAN KOREA) Permohonan Di Bawah Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) Tahun 2014 Dibuka Kepada Pelajar-Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (Spm) 2013 Selama 7 Hari Mulai Jam 8.30 Pagi Pada 21 Mac 2014.
- Permohonan mengikuti program tersebut boleh dibuat di eSilav2
- Klik pada link Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) Tahun 2014 kepada pelajar lepasan SPM 2013 seperti di bawah untuk ke ruang ePermohonan.PROGRAM KEJURUTERAAN(JERMAN, PERANCIS, JEPUN DAN KOREA) TAHUN 2014 kepada pelajar lepasan SPM 2013
Permohonan akan dibuka selama 7 hari mulai jam 8.30 pagi pada 21 Mac 2014 sehingga 27 Mac 2014. - Pelajar - pelajar lepasan SPM 2013 diingatkan supaya membaca terlebih dahulu syarat permohonan sebelum mendaftar.
Cara - cara bagi pendaftaran dan permohonan telah disediakan melalui tutorial berbentuk video bagi tujuan untuk memudahkan pemohon / pelajar ketika membuat pendaftaran juga permohonan.
Sebarang pertanyaan ;
Selamat u olls! All the best !!
bestnya
ReplyDeletekan...andai ku bisa putarkan masa
Delete