Permohonan BR1M 3.0 2014 Di Buka 21 Disember 2013 - 31 Januari 2014

Monday, December 23, 2013




Salam u olls ,


Permohonan BR1M 3.0 akan bermula pada 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014 melaui laman web rasmi LHDN - www.hasil.gov.my .

Pada u olls yang pernah memohon sebelum ini , u olls hanya perlu mengemaskini maklumat terkini sahaja. Bagi permohon baru , u olls boleh daftar secara manual dengan mengisi borang atau melalui atas talian seperti berikut secara percuma :-

Pembayaran bayaran BR1M akan bermula pada Februari 2014.

**
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Dis ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi - 5petang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300. 
Selain itu, caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal. 
Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650. - 
sumber :  Bernama, 17 Disember 2013.

Post a Comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.