Salam u olls,
Pada 6 hingga 10 Disember 2013 yang lepas bertempatkan di Laman 1Malaysia, Putrajaya telah berlangsung sebuah karnival Jom Makan Buah yang dianjurkan oleh FAMA ; sebuah agensi kerajaan yang berkaitan dengan buah-buahan juga sayur-sayuran bersama dengan pihak Perbadanan Putrajaya.
Seperti tahun yang lepas, tahun ini juga Ty dan mummy Ty berkesempatan ke sini lagi. Dan tanpa kakak Ty yang hantu durian. Sayangnya, Ty tak dapat nak menikmati kenikmatan makan buah durian dengan mummy Ty sebab Ty kurang sihat. Mampu temankan je.
Oh Durian! Ty sebenarnya tak tergolong dalam kategori yang sangat hantu durian. Yang pasti, Ty tak berapa gemar dan pandai makan. Karvinal Jom Makan Buah bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Selain musim durian, ada juga jualan pelbagai jenis buah - buahan yang lain seperti rambutan , cempedak , jambu , dan banyak lagi. Terdapat juga gerai jualan lain seperti gerai makan dari makan utara, Negeri Sembilan dan bermacam lagi.
Tu dia!! Raut wajah mummy Ty yang puas menikmati durian yang dia teringin sangat nak makan. Mummy Ty memang agak lupa diri seketika walhal anak dia ni demam tapi boleh ja dia tibai makan juga sorang - sorang. Dah makan habis sebijik tak cukup ye u olls. Mummy siap beli 4 biji durian musang king dengan harga RM20/-.
Balik rumah, makan dengan nasi. Esoknya buat pulut pengat durian untuk sarapan pagi sebelum pergi kerja. Siap bungkuskan untuk Ty bawakan ke office. Kat office , officemate ja la yang makan. Cheq kan demam tapi masih gagah juga nak pi kerja.
Kalau la kakak Ty ada dengan daddy juga, silap-silap 5 hari berturut muka keluarga Ty ada ja kat karnival ni. Depa sangat hantu durian kecuali Ty.
Ada yang gila durian juga?
posted from Bloggeroid
ingatkan betul-betul ade buah putrajaya.. haha..
ReplyDeleteNgek , macam mana rupanya buah tu. haha
Deletetak smpat licha nak pergi. igtkan event tu seminggu.. huhu
ReplyDeleteKejap je kan event ni. kalau tak lalu situ memang tak pergi la
Deletewah...ade durian....bestnya...kalau ade kat sana mungkin habis durian tu sy kerjakan..hahahaha
ReplyDeleteRegards.
-Strider-
Tu dia ni memang hantu durian...
Deletesedapnyaaa durian tuuu
ReplyDeleteNi mesti hantu durian juga kan
Deletehantu durian gak tp tp hantu level biase2 jer... hehehe..
ReplyDeleteYe same la kita biasa je tak tahap hantu.
Delete