Review Filem : R.I.P.D

Sunday, August 11, 2013

Salam u olls ,

Syawal ke 3 , di pagi hari kami telah meneroka Street Art in Penang tapi tak habis diterokai gara - gara hujan , pada sebelah Ty & adik bongsu meluangkan masa bersama untuk menonton wayang di Queensbay Mall , memandangkan masing - masing terasa sudah bosan di rumah. Kami layan R.I.P.D. .

Sinopsis

R.I.P.D ; Rest In Peace Department yang mengisahkan kehidupan seorang polis yang diberi tanggungjawab di alam lain setelah meninggal dunia kerana di tembak oleh rakan setugas ketika sedang bertugas dalam satu serbuan. Nick Walker (Ryan Reynolds) dan rakan tugas yang baru ; Roy Pulsipher (Jeff Bridges) ditugaskan untuk mendapatkan emas daripada golongan "Deados" iaitu roh yang gagal untuk menyeberang dan kembali ke bumi sebagai hantu. Waksangka Nick benar belaka bahawa rakan tugas di dunia Bobby Hayes (Kevin Bacon) ada kaitan dengan ketulan emas yang cuba di ambil ketika penangkapan satu kes jenayah bersama. Hayes , berjaya mendapatkan semua emas dan menjadikan isteri Nick , Julia (Stephanie Szostak) sebagai habuan untuk mengembalikan roh ke dunia. Misi Hayes gagal dengan kerjasama Nick dan Roy yang berjaya menumpaskan agenda jahat itu. Dan Julia dapat diselamatkan.


Review :

Filem yang sangat mendatar ja bagi Ty , best pun part komedi di antara dua watak utama ; Nick Walker dan Roy Pulsipher yang tidak serasi pada di awal setelah digandingkan untuk bertugas bersama. Singkat sangat masa dia di dunia dan cerita ini rasa nya boleh dipanjangkan , memandangkan cerita filem ini berdasarkan sebuah komik. More fiction more bombastic, guess so.

Rating :
3 of 5 stars

Pada kaki wayang , boleh la layan dan review sendiri filem ni. Entri ni sekadar pengkongsian dan pandangan dari Ty dan adik cheq ja. Filem yang boleh layan tapi bukan tahap dan tak jadi favourite kami lagi.

Post a Comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.