Chinese Tea bersama Geng Sekolah

Wednesday, August 14, 2013

Salam u olls , 

Ahad lepas , orang masih mood beraya di hari Syawal ke - 4 . Tapi Ty tak berapa merasai sangat kehangatan dan kemeriahan Syawal tahun ni. Hari Raya seperti hari - hari biasa ja tak macam dulu mungkin dah dewasa kot.

Dari pagi sampai petang , terbongkang depan tv sambil layan internet dari netbook. Bila ada yang berWhatsapp ajak keluar untuk jumpa dan ke rumah terbuka bukannya sorang dua tapi banyak , tengok jam mana sempat nak kejar masa dengan temujanji yang ada. Terpaksa tolak dan bagi alasan yang sahaja , time clash.

Jam 5 , singgah umah Fida untuk rumah terbuka sebelum kami ke Gurney Plaza bertiga ; Arina si hot mama pun nak mengekoq dan si baik hati husband bawa anak - anak gi beraya. Ada laki camni , boleh la kawin. Kami sekadar window shopping dan melepak di Starbucks sementara tunggu untuk ke Jalan Burma dan jumpa geng bukan satu bus sekolah yang lain. 


Temujanji jam 8 malam dan semua berjumpa di  361 Optics & Tea Leaf , ikutkan mereka semua adalah geng sekolah CGL dan PFS Ty , semuanya sekepala jadi tak ada masalah untuk lepak bersama. Kami dihidang Chinese Tea . Sebenarnya , kedai cermin mata milik keluarga kawan , dan kami melepak di atas. Walaupun cuma 7 - 8 orang , riuh macam ramai sangat. Rindu waktu suka - ketawa masa sekolah dulu , tapi sekarang masing - masing dah berkarier jadi kekangan masa dan lokasi menjadi faktor kerumitan untuk berjumpa.


Ty memang suka minum chinese tea , Fida dan Arina kurang sebabnya tak ada gula. Tapi pada malam tu , semua jenis teh dia orang boleh minum , cara membacuh pun ditunjukkan , jadi berangan sat la ada di zaman Dinasti dengan lampu malap yang romantik gitu. Antara teh yang Ty dan semua dapat rasa dan minum bersama ialah Tie Guan Yin  , Da Hong Pao , Pu Er dan Niu Bang . Semuanya lebih kepada herba. Terasa perut dicuci dan lapar , balik rumah asyik kencing tapi ada yang buang angin ja katanya.


Macam - macam cerita dan topik dibual , tapi topik panas mengamatkan suasana. Semua tak sangka Ty dah kurus sangat bandingkan dengan raya tahun lepas. Siap banding gambar raya tahun lepas dan raya tahun ni. Berjaya juga depa korek rahsia jadi dah macam consultant pula pada semua. Habis promote dan tak sangka ada sampai tahap nak cuba dan pastikan berhasil menjelang CNY nanti. Fida sedang amalkan dan tak sangka Fen pun sebelum ni ada cuba, berkobar la semangat Saik Sen. Walaupun Ty rasa tak da la kurus mana pun , yang pasti tak sabar tengok perubahan kawan - kawan Ty semua. Chaiyok , u guys!

Penangites ! Kalau nak buat spek mata dan related boleh la ke kedai kawan Ty di 

361 Optics & Tea Leaf
221 - D , Jalan Burma , 
11500 Penang .

Kawan beribu tapi susah nak cari yang sekepala. I am missing 'em alot now. Jarak memisahkan kami , oh tidak!

4 comments

  1. ok chinease tea memang xleh masuk dalam tekak wa. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi.. dah cuba gerenti boleh punya masuk tekak Di.

      Delete
  2. memang happening bila dapat berjumpa dengan geng lama.. ;)

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.