Salam uolls ,
Sekarang ni semua orang sibuk dengan semua jenis viral siap sahut lagi challenge segala bagai. Okay , ni ada satu lagi port makan yang mungkin geng kaki makan boleh cuba , terutamanya yang suka makan pedas. Mungkin , ada #MiKerenChallenge pula , gitchew! Trend katakan.
Baru ni , Ty lepak tempat makan baru juga la buka dekat Cyberjaya. Ya, bertahun dah tinggal kat Putrajaya tapi tak jenis explore sangat. Jadinya teruja bila ada port baru ni. Kat mana? Jom baca lagi.
FOOD MONGER , TAMARIND SQUARE , CYBERJAYA
Sebenarnya kat sini banyak jenis makanan yang di jual , ala "food court" camtu. Tapi yang Ty nak uolls cuba dan semestinya cuba ialah stall "Mi Keren". Kenapa , kena cuba sendiri !
Mi Keren
Berkonsepkan makanan dari negara jiran , Indonesia yang di bawa khas bersama semua bahan ramuan masakan juga tukang masak. Idea untuk ditengahkan pelbagai jenis menu dengan 8 menu yang kreatif berasaskan mi segera. Yang menjadikan tarikannya menu mi keren ini ialah kerana sebab ada pula 3 jenis tahap kepedasan ; Gegirl , Berapi & Berahi.
Ha kau , len macam tahap kepedasan Mi Keren yang ketiga ni. Berahi sampai mencurah-curah peluh katanya. Betul ke tak? Pakat pi try !
8 Jenis Menu Mi Keren
Kelapan-lapan menu ni lah uolls boleh pilih tahap kepedasan. Dan juga boleh add-on Chicken Slice , Minched Beef , Grated Cheese atau Lamb Cube.
Bagi uolls yang merasakan ini sekadar mi segera , itu silap. Kelainana Mi Keren ialah cara masakan dengan tahap kepadasan. Sebab , bukan cili biasa yang kita selalu guna tu tapi cili khas di bawa khas dari Indonesia.
Harga semangkuk bermula dari RM6 sehingga RM12. Dan ia dibuka pada setiap hari dari pukul 5 petang sehingga 1 pagi.
TAUKE JAMBU?
TAUKE JAMBU?
Oh ya , mestilah tertanya kenapa ambar Tauke Jambu ja bersepah dengan Mi Keren ni kan? Sebabnya dia lah tauke gerai Mi Keren ni. Nak jumpa dia , boleh gi sini. Lolaq dia tetap sama dalam TV nuh!
Jangan lupa singgah dan cuba kesemua 8 jenis menua Mi Keren , ok!
Post a Comment
Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen