Buffet Ramadhan Kebaboom Di Lugar De La Boda , Puchong

Monday, April 22, 2019




Salam uolls ,

Okay , lagi tempat berbuka puasa untuk uolls semua buat pilihan. Di mana? - Lugar De La Boda , Puchong.

Untuk pengetahuan , buat julung kali nya pihak Lugar De La Boda menganjurkan dan mempromosikan promosi buffet ramadhan di sini. Sebabnya sebelum ini , tempat ini lebih diketahui umum dengan tempat menjalankan majlis perkhawinan dsb.

Difahamkan juga tempat ini masih lagi baru , masih cantik tersergah indah. Suasana yang sangat menarik dan selesa termasuklah surau dan tandas yang disediakan. Begitu juga dengan ruang untuk meletakkan kenderaan yang luas disediakan.

MENU JUADAH BERBUKA KEBABOOM
Hidangan "live" dari gerai
Kambing Grill Sos Lemon & Black Pepper

Tepanyaki Tokyo

Roti John

Char Kuew Tiaw Abang Tanjung

Keropok lekor / Cucur

Laksa

Bihun Sup

Dim Sum Cheng Ho

Air Balang Pasar Malam - Air Jagung / Air Sirap Bandung / Air Teh Bunga

Ais Kacang

Sinonim sangat bukan bila ke buffet ramadhan , pastinya penggemar kambing akan sanggup beratur panjang tetapi kali ini dengan resepi yang lain sedikit pasti membuahkan hasil sebuah kepuasan. Kelainan pula pada Tepanyaki Tokyo , selain daging ada juga makanan laut seperti udang dan sotong di grill - SEDAP! Wajib menambah juga adalah menu masakan dari Abang Tanjung uolls - Char Kuew Tiaw , mana tidaknya blogger hebat Malaysia ; Ben Ashaari menambah sampai 3X! Dan basahkan tekak dengan Ais Kacang memang padu.

Hidangan Menu Utama
Daging Gulai Kawah


Daging Briyani Masak Hitam


Ayam Kalio


Sambal Sotong


Pajeri Terung

Kupang Goreng Pedas


Sayur Campur

Acar

Kerabu Kacang Botol

Kerabu Mangga

Banyak lagi menu untuk dikongsi , tapi nak tahu lagi kenalah pergi sendiri kan. Sebab apa , pastinya uolls takkan kecewa dengan menu hidangan berbuka puasa yang disediakan. Menu - menu ini boleh dimakan bersama Nasi Briyani / Nasi Minyak ataupun Nasi Putih.

Pencuci Mulut
Kurma

Kuih - muih Tradisional Melayu - Talam Keladi/Seri Muka/Nona Manis/Kaswi etc

Buah - buahan

Pelbagai potongan jenis kek

Disediakan juga dadih , jelly , ais krim dan juga pasa setiap hari akan ada 2 jenis bubur berlainan yang dijanjikan. Antara bubur yang akan disajikan adalah Bubur Jagung & Sagu , Bubur Kacang , Bubur Chacha , Bubur Pulut Hitam , Bubur Gandum dan Bubur Keledek & Nangka.


PROMOSI BUFFET RAMADHAN LUGAR DE LA BODA
Rebut peluang untuk menikmati hidangan di sini bersama keluarga , sahabat mahupun rakan sekerja dengan tawaran harga yang sangat istimewa.

Harga EARLY BIRD!
Dewasa : RM59/ | Warga Emas : RM30/ | Kanak - Kanak (6-12 tahun) : RM30/.

Promosi "EARLY BIRD" hanya sehingga 9 Mei 2019.
Harga Asal
Dewasa : RM68/ | Warga Emas : RM38/ | Kanak - Kanak (6-12 tahun) : RM38/.
Harga Special Promosi!
1 Meja - 10 orang dewasa = RM580/.



Untuk maklumat lebih lanjut dan membuat tempahan ;
Alamat
Lugar De La Boda,
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong,
Selangor

No.Tel :
016-3111074 (ZURAINI) 
016-4318434 (LIANA) 
016-6700752 (HANIS) 
016-6700457 (FARAH) 
016-6700473 (SHAIDATUL) 
016-6700471 (SARAH)

Facebook Lugar De La Boda
Instagram  : @lugardelaboda
Website Hanana Group

Post a Comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.