Larian Obor Sukan Sea 2017

Friday, September 15, 2017


Cite basi tapi tetap nak abadikan kat blog.


Kisahnya, kawan opis yang semangat nak ikut sama join Larian Obor Sukan Sea 2017 ni selepas terima e-mel masuk anjuran Puspanita Kebangsaan.


Larian suka - suka dan bersahaja untuk hampir 8km sekitar Putrajaya. Yang bermula dari Dataran Gemilang dan berakhir di KBS.

Depan - depan hokayh


McDonald antara penaja juga pada hari tersebut. Antara check-point. Dan pertama kali pihak McDonald turut sama.

Sempat juga kami bergambar dengan Tan Sri Zainal Rahim bin Seman, KPPA kami selepas sahaja dia memegang obor.



Dak Echa masuk TV , u olls!

Kenangan manis untuk nak sertai larian ni bilanya plan dengan kawan ; Echa dengan naik motorsikal. Lucunya bila Ty as rider tak berhelmet tapi Echa si pembonceng pula berhelmet. Gigil juga la sebenarnya sebab lama makan bertahun tak menunggang motor. Bila dah dapat rentak bawa tu rasa cam nak beli satu buah motor pula.

Aktiviti larian camni memang Ty suka. Tak sabar nak ke larian - larian lain. Insha - Allah Ahad ni Allied Against Dengue Run di Klang. Ada sapa - sapa join? Terjumpa nanti tegur la ye.

Majulah sukan untuk negara.

5 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.