Demi Supermoon

Monday, November 14, 2016

kredit to +fiza fantagiro

Akibat semalam terbaca artikel pasal supermoon terus rasa nak juga tengok macam mana rupa bentuk dan keadaannya si supermoon yang khabarnya muncul selepas hmpir 14 tahun.

Memandangkan aktiviti petang Ty dengan kengkawan dengan jogging @ bristwalk sekitar kawasan pejabat kerajaan di Putrajaya. Jadi sanggup la cadang lepas sesi keluarkan peluh untuk tunggu kemunculan supermoon.

Walaupun sedikit injured , gagahi jua hampir 7km. Adakala berlari sebab hujan membasahi bumi Putrajaya. Hati dah terdetik dan rasa kecewa. Mesti tak nampak si bulan nanti.

Tepat! Mereput menanti. Sia-sia , penantian itu satu penyeksaan. Pulang dengan hampa. Sampai area perumahan , berhenti kereta tengah-tengah jalan. It's supermoon! Sayangnya , bateri henpon-henpon ku serentak habis tapi bulannya terlindung dengan kabus awam. 

From my room. 

Walaupun sudah jam 9 lebih , terasa suasana masih cerah ala-ala baru nak ke senja. Lain la sikit. 

Eh, tapi betul ke kalau tengok supermoon nanti akan craving pada sesuatu yang manis? Dah tu dengar nya tak elok untuk mereka yang ada sakit kulit ? Apa kaitan erk? 

Apapun , I've seen it walaupun tak sejelas mana yang mungkin engkorang dapat menyaksikannya.

K , dah boleh masuk tido dan esok layan sailormoon aje la. Haha


1 comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.