Salam u olls ,
Kampung Baru , KL ni memang syurga makanan. Dan selalunya Ty akan bawa orang - orang jauh yang datang ke KL / Putrjaya melilau cari parking dulu sebelum makan. Sekian lama kawan opis ada ajak makan di Pekan Station tapi Ty ke sini dengan geng blogger KBBA9.
Makan malam bersama mereka sambil nikmati view Kuala Lumpur di malam hari gitu.
Kedai makan macam biasa tepi jalan dan hanyalah kedai biasa. Tapi pelanggan silih berganti keluar masuk.
Sebabkan Ty masih berpuasa , memang nafsu menjadi - jadi , kononnya macam perut besar sangat. Menggoda betul semua makanan ala barat dekat sini , jom tengok apa yang Ty jamah berbuka puasa sampai ke tengah malam dekat sini dengan geng blogger lain.
Ha , menggoda tak u olls? Alhamdulillah rezeki Ty dapat makan dan rasa sikit semuanya. Paling Ty suka Chicken Boxing sebab Butter Sauce dia sangat sedap , rasa berlemak. Yummy gitu. Chicken Grill Pasta pun sedap. Teringat-ingat dah ni.
Portion setiap makanan sangatlah banyak / besar. Memang kenyang dan boleh makan berdua. Seriously , Ty kenyang sampai tak bersahur pagi esoknya. My happy tummy is so bloated.
Caj menu bagi penghantaran
Menariknya Pekan Station ni bukan saja berniaga dan terima pelanggan hanya di kedai mereka tapi mereka juga ada perkhidmatan penghantaran @ delivery services. Penghantaran hanya dilakukan di sekitar kawasan Kg.Baru seperti HKL , IJN , Pusrawi , KBMC dan yang berdekatan. Mereka hantar samlai ke wad ok! Pembelian mestilah melebih RM30/- untuk perkhidmatan penghantaran.
Waktu operasi Pekan Station beroperasi bermula dari jam 6 petang - 1 pagi dan juga bergantung kepada "crowd" yang datang. Selalunya tutup pada hari Khamis , tapi untuk u olls yang dari jauh nak datang boleh la ikuti perkembangan dari masa ke semasa di social media Pekan Station iaitu Facebook Pekan Station (klik) / Instagram Pekan Station (klik) / Website Pekan Station (klik) .
Pantang tala camera !
Terima kasi kengkawan KBBA9 untuk ngedate makan malam bersama. Dan juga terima kasih Pekan Station for having us yang havoc kan suasana malam di tengah kota malam buta.
apasal semua nampak sedap ni! Tolong bawa akak pulak next time Ty hehe
ReplyDeleteThanks share info. ;)
ReplyDeleteBanyak betul portion pekan station ni yanty...sis suka sgt lamb chop...okey noted...tq dik review
ReplyDeleteBestnya menu kat sini. Terliur dah nie. Mulanya ingat Pekan Station nie kat Pekan, Pahang. Hehe ^-^
ReplyDeletenak chicken boxing lagi................
ReplyDeletebesarnya portion makanan dia..kalau saya, memang kena share ni..tak abis..
ReplyDeleteMenarik...boleh la PC ajak en suami pergi..kihkihkih..tq ty share tempat..
ReplyDeleteboleh tahan makanan dia..
ReplyDeletememang makan puas hati.. banyak dan harga murah!!!
ReplyDeletetudiaaa.. tgk gambaq pon dah sedap tu..
ReplyDeletegeram tgk coleslaw dgn potato salad dya..:D
wah semua big portion ye. berbaloi sangat dengan harganya
ReplyDelete