Salam u olls ,
Bagi yang gemar memasak pasti kenal dengan penulis - penulis buku resepi terkenal seperti Chef Hanieliza , Chef Fazalina & Chef Azian. Dan pada 10 & 11 November ini, bolehlah pembaca berjumpa dan beramah mesra dengan mereka di kedai - kedai terpilih di sekitar Pantai Timur.
Sebelum tu meh Ty nak kongsikan serba sikit tentang Chef Hanieliza :
Nama : Hanieliza Kamarudin
Asal : Kuala Lumpur
Menetap : Kerteh , Kuala Terengganu
Aktif demo masakan :
1. Rancangan Wanita Hari Ini
2. Rancangan Nasi Lemak Kopi O
3. Kedai Buku MPH , Mid Valley
4. Kedai Buku Popular , IKANO
Antara buku yang telah dihasilkan :
1. 500 Kompilasi Resepi Chef Hanieliza
2. 101 Resepi Menggunakan Pemanggang
3. Senangnya Memasak Makanan Barat
4. Resepi Daun Limau Purut
Untuk tahu tentang penulis - penulis lain ; Chef Fazalina & Chef Azian akan disebarkan untuk siri jelajah seterusnya yang dijangka akan berlangsung pada Februari 2016 akan datang. Jadi , kalau tak sabar nak tahu kenalah ikuti perkembangan dari PTS dalam Siri Jelajah Penulis Terbaik PTS 2015/2016 nanti.
Ok , jangan lepaskan peluang ini. Jumpa di sana!
chef hanieliza tu..best dpt jpa depa
ReplyDeleteada makan free dak ?? ehehehe acah je acah..
ReplyDelete