Menu Baru Di Délifrance Malaysia

Tuesday, February 10, 2015

Jom ke Paris , pastu makan Délifrance dekat Eiffel Tower ! Ko hado?

Dari kecik memang kerap sangat la makan dekat restoran Délifrance ni. Sebabnya kakak kandung Ty pernah kerja dengan company  Délifrance sementara dapat kerja tetap. Maknanya dari kecik dah sampai ke Paris la gitu. Krik3X

Ter- teroqbek pula.

Délifrance | Restoren / Bakeri berkonsepkan "Café ala Perancis" yang menghidangkan pelbagai jenis produk roti dengan ramuan &  tepung sendiri di lebih 50 negara di 5 benua. Telah beroperasi selama lebih dari 25 tahun . Dan juga telah lama bertapak di Malaysia.

Bagi tahun 2015 , Délifrance telah mempromosikan beberapa menu baru yang lazat. Tiada istilah diet, rugi la kalau masuk Délifrance tapi sekadar nak lepak dan minum. *bakaqline*

Sarapan itu penting
Délifrance ada sediakan menu sarapan , asyik bedal Nasi Lemak / Roti Canai apa kata sekali sekala tukar stail pula kan. Kekonon breakfast di Paris , gitu. Menu sarapan Ty dari Délifrance ni nama dia La Tartine ; pilihan roti Quarter Baguette atau French Butter Croissant dengan sapuan Butter , Jem / Kaya. Permulaan hari yang kemain kebaboom.


Bagi penggemar tuna , wajib & harus makan Tuna D'Licious ; kombinasi antara tuna mayonis, kobis dan juga tomato yang segar memang terangkat habis. Roti boleh dipilih antara Baguette / Croissant / Ciabatta , ikut selera masing - masing.

Untuk yang suka makan daging , boleh cuba menu berasaskan daging. Tak semestinya makan dengan pilihan roti ja , pasta pun ada. Tak dapat diungkapkan la , rasa menu Meatball Sandwich & Meatball Pasta tersangat yummeyh!


Ha , yang mana kononnya tak boleh hidup apatahlagi memang tekak kena kedarah nasi , kat Délifrance ni pun ada served  nasi ye. Isi ikan dori ni dimasak dengan menggunakan kaedah "poach " , senang kata ianya di rebus dan dihidangkan bersama dengan sos sambal pedas. Spicy Fish served with Rice antara menu yang ngam sangat dengan selera orang kat Malaysia ni. 

Yang ni pula menu berasaskan ayam , Grilled Chicken Leg with Mushroom Sauce adalah ayam yang dipanggang dan dihidangkan bersama mashed potato  dan mushroom sauce. Menu ni sesuai dijadikan hidangan untuk santapan makan tengah hari ataupun makan malam. 


Bukan sekadar ayam , ikan , daging lembu ja yang ada , kambing pun ada. Sapa yang memang suka sangat makan daging kambing , wajib dan patut rasa menu Provencal Lamb Shoulder ni. Tekstur isi kambing ni berjaya buat Ty jamah dan makan. Lembut sangat dan sedap pula bila ngap masuk mulut. Lamb Shoulder ni dipanggang kemudian dihidangkan bersama provencal sauce bersama salad.

Menu baru ni memang korang kena sangat - sangat cuba kat Délifrance , Crois - Bread  boleh dimakan bersama pilihan ayam (chicken) / daging (beef). Tekstur roti dia , pergh la cakap. Melting gitu , gerenti layan punya. Kepingan isi ayam / daging pun senang nak kunyah dan hadam , tak liat langsung. *mohoncuba*

Seperti semua tahu , Délifrance memang terkenal dengan pastri. Lepas makan menu - menu hidangan yang berat , boleh jamah dulu pelbagai jenis pastri. Tak dapat dinafikan , setiap menu pastri semua teksturnya memang urrrmm teramat. Speechless  baq ang.

Antara pastri yang Ty dapat rasa kenikmatan umpana berada di Paris ,  Chicken Mushroom Bechamel  , Apple Turnover , Sultana Croissant , Tuna Mushroom Feulilette dan sebagai pemanis mulut yang si kecik molek lagi manis Macaron jadi santapan terakhir Ty. Pilihan Ty semestinya si ungu


Délifrance , ada 11 cawangannya kesemuanya di sekitar Lembah Klang iaitu di Mid Valley, Avenue K, Ampang Point, Great Eastern Mall, AEON Big Wangsa Maju, KL Festival Mall, Cheras Leisure Mall, Paradigm Mall, Tropicana City Mall, The Strand dan AEON Big Bukit Raja. Di Johor pula, ada dua cawangan iaitu di AEON Big Tebrau City dan JB City Square

Sebelah Utara , Délifrance boleh dikunjungi di cawangan barunya di AEON Taiping, Perak. Dan bagi orang Penang , jom kita dating kat Queensbay Mall  , boleh perabih RM50/- cash voucher. Kat KL ni patah kaki kan , melainkan ada yang sudi nak ngedate dengan tuan tanah. #eh

Untuk info lebih lanjut , terjah FB Page Délifrance [klik] dan juga nak tengok lagi gambar yang temptating ada di Instagram Délifrance [klik].

Dan , bagi 10 pembaca blog Ty , komen dan tinggalkan alamat emel di entri ini untuk dihubungi dan dapatkan baucer Délifrance dari Ty. Siapa cepat , bertuah la di ye.

10 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.