Review Filem : Night at the Museum - Secret of the Tomb

Thursday, December 25, 2014



Night At The Museum : Secret Of The Tomb | Malam muda mudi sangat di malam Krismas buat kami geng blogger #kelabbloggerbenashaari. Yang tak bujang pun dah macam geng bujang je. Kami yang mana terlalu "free" ni ke Alamanda untuk layan wayang bersama. Dah habis wayang , sempatlah singgah jap mamak sebelum masing - masing balik.


Ringkasan Sinopsis :
Sekitar tahun 1938 , sepasukan ahli arkeologi telah menggali makam untuk mendapatkan artifak yang berharga. Penemuan dengan barang artifak yang dicari telah berjaya ditemui setelah anak salah seorang artifak terjatuh ke dalam sebuah lubang. Namun , penduduk di situ melarang untuk tidak mengusik dan memindahkan ke tempat lain. Sekiranya berdegil , musibah bakal menimpa. Keadaan di dalam muzium menjadi kucar kacir apabila binatang dan patung boleh bergerak dengan sendiri juga seperti dirasuk. Larry , pengawal keselamatan , telah berusaha mengkaji tentang apa yang berlaku. Tablet adalah puncanya , ayahanda Marenkahre telah memberi maklumat tentang penggunaan tablet bagi menyelamatkan keadaan dan semuanya menjadi seperti sedia kala.

4.5 / 5

Berbaloi untuk di tonton. Best. Dari awal sampai akhir filem ditayang , tak ada yang menghampa.

Comel gila watak monyet , Dexter.

Touching jugalah part feeling sedih pada penhujung cerita bila nak terima hakikat semua yang selalu ada seperti kehidupan biasa , tiba - tiba dah tak ada sebabnya dah kembali kepada asal.





Terima kasih , Uzu - www.kisahemasputih.com untuk tiket wayang.

U olls , selamat bercuti dan bagi penganut Kristian - Selamat Menyambut Hari Natal.

4 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.