Salam u olls ,
sambung Bali , Indonesia – Part I
9 Februari 2014
Kring..Kring..Kring.. Tepon bilik berbunyi.
Morning call dari mummy Arina! Mampu bangun dan jawab pastu bungkuih
semula. Opss! Bila pintu diketuk, kena bebel la kami sebab tak bangun-bangun
lagi. Gamat nya bila Arina & Bainun kata dah lewat sebabnya waktu tak sama hakikatnya waktu
Malaysia dan Bali sama! Aduh , kecoh minah dua orang ni. Siap call receptionist
lagi nak tau what is the time tapi tak faham sebab dapat jawapan - “lima
belas kurang jam tujuh”. Terkial – kial dik Bainun sorang ni conggak dengan
jari tangan kaki. It’s only 06:45 in the morning, woman!
Bersiap bukan kemain lagi baq ampa. Curlas u olls! Well , it’s Bali!
Kenyangkan perut pada pagi Ahad di Bali bersama girlfriends of mine
sebelum Mas Ali si supir tour guide jemput kami untuk mulakan hari percutian we
olls.
Barong Dance
- Salah satu cerita dan tarian yang paling terkenal yang menceritakan tentang kebaikan melawan kejahatan.
- Barong bermaksud kebaikan.
- Bayaran masuk : Rp.100,000.00
Batik
- Kedai batik Sari Amerta
- Pusat pencetakkan batik dengan pelbagai corak bersama hasil kreatif barangan yang dihasilkan untuk dijualkan kepada para pengunjung.
- Batik Indonesia berbeza dengan seni corak batik di Malaysia.
Dak +Siti Nur Bainun men cak cak pula
Perak dan Emas , Kampung
Celuk
- Rata – rata penduduk di Kampung Celuk menghasilkan barangan perhiasan wanita dan lain – lain barangan daripada perak lebih banyak berbanding emas.
- Kiranya lubuk perak kawasan ini.
- Penghasilan barangan aksesori diperbuat di luar kedai , pelancong boleh lihat sendiri.
- Banyak reka bentuk barangan aksesori yang boleh dibelikan atau hadiahkan untuk yang tersayang dan istimewa.
Tegalalang
- Kawasan penanaman padi bukit yang subur.
- Cantik untuk bergambar dengan warna kehijauan yang sangat menenangkan.
Kintamani
- Makan tengahari secara buffet ; Rp.121,000.00
- Makan bersama tersayang sambil menghadap Gunung Berapi Batur yang masih aktif dan Danau Batur
- Udara yang segar dan suasana yang sangat romantik
Dewi Agrowisasta
- Tempat menghasilkan pelbagai jenis kopi ; coconut , ginger , lemon grass , rosemarry , vanilla etc.
- Kopi Luwak merupakan kopi termahal kerana merupakan proses penghasilan yang rumit kerana datangnya daripada binatang musang.
Krishna
- Tempat membeli barang - barangan / ole – ole kiranya buah tangan yang besar dengan harga yang berpatutan – murah.
- Sejujurnya , tak banyak pilihan.
Tu dia , sakan noh kami berempat bercanda berjalan dengan Mas Ali
sampai balik ke kota Kuta dah pun malam. Meredah hujan panas bersama – sama. Oh
so sweet eh gitu.
Untuk pengetahuan u olls , padi
bukit bukan sahaja ditanamkan di lereng – lereng bukit sahaja tapi di kiri
dan kanan sepanjang jalan. Tak seluas jelapang padi di Malaysia ye , sampai Ty
kata “wow , cantiknya rumput tu”. Mas Ali dah gelakkan Ty. Kena troll setiap
kali nampak “rumput”.
Baru seharian Mas Ali dengan awek – awek Malaysia, dia dah boleh masuk
sekepala dengan keriuh rendahan dan gila - gila kami. Tabik spring la dengan Mas
Ali ni , best dan memang terbaik! Hakikatnya takut juga kot keloloh kami ni ada
dia tak amik dah esoknya,tapi dia memang umpama abang yang sangat baik untuk
adik – adiknya.
Balik hotel. Sebelum bersihkan diri dan tido , kami lepak sambil makan
megi cawan yang Bainun bawa. Yang pasti setiap malam kami aka nada sesi mengira
duit yang dah pun kami belanja sakan sampai berjuta – juta , Rupiah je pun. Curlas tak bila kata ; I
shopped 250ribu hari ni tapi sebenarnya dengan mata wang Rupiah bukan RM. Stop
berangan bajet shopping kekonon di Pavilion.
Ok, apa yang terjadi malam tu?!
Next entry – PartIII [klik]
ty lain kali pegi jangan lupa souvenir tuk akak... hik hik hik
ReplyDeleteAda je ni kak oi... Jmp nye bila?
DeleteHahaha...menarik pemulaan cerita!! Wahaha
ReplyDeleteGelabah!
DeleteTeringat cuti2 g Bali tahun lepas... hehehe... btw, jemput joint GA abg lan... hehehe... :
ReplyDeleteSebab entry Bali abang Lan la kan keyword naik mendadak hahaha... Ok abang Lan. nanti Ty free Ty join ye. tq invite.
Deleteteringin kesana. tp entah kapan huhu
ReplyDeleteAdi , ngak mengapa dong. Simpan duitnya dulu nanti pergi la bercuti sakan. Ty pun tak pernah terfikir nak pi berjalan ke sana. Rezeki.
Deletewah bestnya makan angin...singgah sini cuci mata..
ReplyDeletealhamdulillah ada rezeki =)
Deleteole2 mane ? hahahhaha
ReplyDeleteAdunan tepung dah lama diuli2 buat ole2 dik. Eh.
Delete