Part IV | Railway Tourism & Homestay - Victoria Bridge

Tuesday, January 28, 2014

Salam u olls ,

Dah pun sampai ke penghujung al kisah perjalanan Ty bersama sahabat blogger dan media juga deligasi para pelancong yang telah dianjurkan oleh pihak RTAM dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Sekejap nya masa berlalu meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan terindah.

12 Januari 2014
Lepas melambai lambaian terakhir dengan keluarga angkat  , bergambar sesakan habis. Kami ke Kuala Krai untuk bersama - sama menyaksikan perasmian "Voluntourism Victoria Bridge Green Day - 1Malaysia Green 1Malaysia Clean" di mana adalah penglibatan di anatara para sukarelawan bagi mencantikkan tempat pelancongan dan menjaga dari segi kehijauan alam dan kebersihan tempat berkenaan.

Victoria Bridge , Kuala Kangsar , Perak , Malaysia

Dengan sempurnanya perasmian ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri B Abd Aziz yang juga merupakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia


Sebenarnya , gerun nak merentasi ke seberang melalui jalan yang sempit di atas jambatan ni. Harus jalan mendada tegak pandang 250 meter ke hadapan tanpa tunduk ke bawah , kalau tidak memang akan rasa gayat. Dup dap dup dap juga la bila jalan sebab nya bawah tu sungai , mula la terfikir bukan - bukan ; "kalau la jatuh" .. sila sambung sendiri.


Tapi masa dok jalan tu terasa pipi kembang setalam  u olls , bila kedengaran hos menyambut ketibaan kami para sahabat media bersama deligasi para pelancong yang sertai program ini. O yeah , bangga sat. Sat ja la tak lama mana pun. Mohon bagi muka for once bukan kaki.



Kami disambut dengan kain batik untuk kaum hawa dan kain pelekat pula bagi kaum lelaki yang disilangkan pada setiap sorang oleh penyambut tetamu. 

Sekali lagi time ni rasa bangga ooo. Hokayh2X , korang jangan pula termuntah ye.

Tengok mek Qaseh bukan main dia sengih tu.

Last-last , Ty jadikan kain ni as shade from the sunlight and heat.



Pom! Pom! Pom! 


Oh poncot! Tanjat gegurl. 

Perasmian dah berlalu tapi meriam ni memang dok meletop kebaboom , nak makan pun terkejut - terkejut jadinya. 

Selamat tak salah suap kot lain. Mau haru biru jadinya.



FAKTA | Perlu Tahu !
Jambatan Victoria | Victoria Bridge (juga dikenali sebagai Jambatan Enggor) adalah sebuah jambatan kereta api yang terletak di Enggor, Kuala Kangsar, negeri Perak. Jambatan yang merentangi Sungai Perak ini mula dibina pada tahun 1897, dan merupakan antara jambatan kereta api tertua di Malaysia. Pembinaannya mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan. Perasmian jambatan tersebut dihadiri oleh Sultan Perak, Sultan Idris Mursyidul Azam Shah dan Raja Perempuan Perak, Residen Perak, J.P. Rodger dan isteri dan orang-orang kenamaan pada tahun 1900. Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah G.W. Fryer, Jurutera Divisyen dan C.R Hanson.



Pembinaan jambatan ini melengkapkan laluan keretapi dari Enggor ke Kuala Kangsar. Dalam tahun 1910, jambatan ini telah digunakan sepenuhnya untuk laluan keretapi dari Perai ke Johor Bahru.


Sadis nya , kamera DSLR , Hp semua dah kong! Tak banyak gambar boleh snap , si geng KBBA sempat la berposing sakan atas jambatan , nak tengok dan berkenan dengan geng Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) boleh klik sini. Tapi sempat la amik gambar abang chu & kak chu cheq ni. Sengal dierorang ni tapi nice knowing both of them yang tak tahan kaki melayan uncle cina sorang tu. Waduh! Kononnya familiar tengok Ty , sangat the spoil . Kecik sangat ke Putrajaya ni , uh!

Bagi kaki photografi atau nak shoot for pre wedding bagai , port ni memang boleh dilistkan dalam salah satu tempat yang harus singgah. Memang cun dan cantik , Ty pasti u olls pun mesti suka!

Program pun berakhir dan kami semua pun dibawa ke ETS Ipoh untuk balik ke KL Sentral , KL dengan sekali lagi menaiki keretapi ETS. Dengan ini sekali lagi penghargaan terima kasih kepada pihak Railway Tourism Association Malaysia (RTAM) atas jemputan bagi mengikuti program yang telah dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia juga tak lupa pada Abang Lan kerana telah mengajak Ty untuk turut serta bersama blogger - blogger lain. KBBA , rockx!

8 comments

  1. Best kannn trip ni... nnti ade lagi kite pegi lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah , tak clash dengan urusan pejabat dan peribadi pasti Ty join.

      Delete
  2. gua lelaki pun disarung kain batik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya Ty disarungkan dgn kain pelikat pastu kan kita semua pakat bertukar hahahaha.

      Delete
  3. Replies
    1. Haritu ka ada tanya kat FB , awat xikut?

      Delete
    2. segan. malu nak berganding dengan blogger yg hebat2. huhu

      Delete
    3. Tak de istilah hebat atau tak. Masing-masing hebat sebab mampu menulis dengan cara tersendiri di blog. Next timr jom la ikot!

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.