Part 2 : Bercuti di Krabi - Wat Tham Sua ( Tiger Cave Temple)

Sunday, November 10, 2013

Salam u olls , 

Sambungan kepada entri pertama Ty dengan "crazy escape" - Part 1 : Bercuti di Krabi - Selamat Sampai.

Ketibaan di Airport Krabi sangat lengang sebab masih awal kot - 7.20 pagi waktu di Krabi. Ty dan bff pun bandingkan promosi pakej yang ada di travel agent  di situ. Memandangkan untuk hari pertama pun masih belum ada satu plan jadi kami bersetuju dengan pakej tour guide di sekitar bandar Krabi daripada pergi berkayak-ing , jungle trekking , hot spring sebab Ty "tak sihat".

Destinasi pertama daripada empat dalam pakej tu , kami di bawa ke Wat Tham Sua iaitu Tiger Cave Temple. Sebuh tempat di mana salah satu kuil Buddha di Krabi yang juga terletaknya sebuah patung Buddha di atas gua tu dengan ketinggian kira - kira 260 meter yang boleh dinaiki dengan tangga sebanyak 1237 anak tangga. 

Tapi , kemalasan yang melanda kami berdua , jawabnya tak mendaki naik ke puncak gua la dan sekadar bergambar dalam dan luar sekitar kuil dengan deco-deco yang sangat unik dan ada cerita disebaliknya. Cuma nya kami tak ada tourist guide untuk berikan informasi lebih lanjut tentang tempat ni.

Jom tengok gambar !



Ha , ini la rupa dan suasana di sekitar temple ni. Banyak sebenarnya gambar kalau Ty nak sumbat dalam entri ni memang tak pasal - pasal memanjang pula kan. Uniknya bagi Ty , kebanyakkan pokok di situ di potong dengan hasil nya yang berbentuk gajah , hati (heart) dan lain - lain. 


Semasa Ty ke sini , didapati seperti masih ada bangunan yang sedang dinaikkan dan masih dalam binaan. Kuil mungkin di naik taraf dengan elemen - elemen yang baru. Dan semestinya selain patung Buddha , ada juga patung haiwan si harimau di hadapan pintu masuk. Dah nama pun Tiger Cave kan.

Cuma nya Ty dan bff terasa tak berapa selesa bila ada satu situasi di mana seolah - olah dipaksa untuk menderma dan diikatkan gelang tali di pergelangan tangan. BFF dah cuak dn paling dia risaukan pada Ty sebab Ty berbadan lemah waktu tu tapi bajet cool lagi macho. 

Sebelum balik , kami sempat bergambar di tapak binaan yang baru sebab nampak lagi cantik , biasalah benda baru kot. Demand kan. overall , kami sekadar menghormati penganut Buddha dengan tempat di situ sebagai pelancongan sahaja.

Ni dia , sorang amik sekoq tiger buat bantal peluk.

Nantikan part - part percutian "crazy escape" Ty ke Krabi dengan entri yang bakal menyusul.

2 comments

  1. lagi2 ....i want moreeeee....hahahaha..best lak baca cite org gi melancong nih..huhuuu....

    ReplyDelete
  2. Sabar ye kak , saya sendiri tak cukup nafas , nanti saya update.

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.