Baju Kurung Bukan Halangan

Friday, October 11, 2013

Salam u olls , 

Huh!
Rindu kat blog. Rindu nak mengarut (bukan mencarut naah) dan memutar belit dan pelikkan bahasa yang kalau panitia bahasa baca , sah-sah fail punya la. 

Stress sangat dan teramat. Kerja banyak tapi ditambah dengan tugasan yang mengarut , kononnya nak 'TRANSFORMASI'. Pembaharuan la sangat. Bukanlah nak pi kerja dan goyang kaki tapi ruang nak bernafas seketika pun tak menyempat. Susah bila kerja nya tahu nak mengarah dan tumpang nama sedangkan satu kerja pun tak dibuat apatahlagi tak tahu menahu. Paling tak tahan , bajet bagus depan yang atasan. 

Haih , ok itu bukan mukadimah tapi luah perasaan. 

Kalau tiap-tiap hari kerja nya suruh itu ini sampai nak bawa diri bercuti panjang pun tak tenteram dengan blognya tak terupdate, apa fungsi blog ni lagi ek? Tutup sekalipun bukan orang perasan ye dak. Haih sadis , bukan blogger fofular gini la nasib. 

Adeh , terluah lagi. 

Walaupun sibuk dengan kerja , tiap-tiap hari balik lewat malam. Namun, hakikatnya kepala dah kusut tunggu nak jerit atau menangis ja. Tapi selepas menumpangkan 2 rakan sekerja lain balik ke rumah depa, Ty yang letih pada mula nya terus bersemangat tuk ke gelanggang.

Padahal , letih. Kalau balik umah , mandi dsb pasti tido nyenyak.

Peliknya , sesuatu yang tidak menjadi halangan untuk Ty bila bermain badminton tanpa pakaian sukan tetapi berbaju kurung.


Tu dia , "papa&mama"razzi Ty ada je sempat nak snap gambar Ty yang sedang ligat bermain. Hairannya, pada malam ni Ty bersemangat satu macam punya mai. Lupa diri sat yang diri tu berbaju kurung.

Jom la kita semua sama-sama memajukan sukan untuk negara , walaupun tak lengkap dengan pakaian sukan. Eh , boleh ke cenggitu? HeHeHe..

Ty join hampir 1045 malam dah pun , boleh pula kononnya letih pada awalnya tapi pulun main sampai pukul 12 tengah malam.

Dengan baju kurung yang sememangnya lencun la Ty lik rumah terus tanpa mengekoq hat depa yang laen pi menge'date' dengan mamak. Yang pastinya , kusut yang pada awalnya dah pun kurang bila beriadah dengan geng blogger walaupun first time turun dengan baju kerja aka baju kurung.

Kalau boleh berbadminton dengan baju kurung , camna pula kalau next month Ty berpaintball dengan baju kurung pula? Mau depa semua perambat penganjur depa ni balik kot kan? HaHaHa..

Okey , pasal paintball , pada yang berminat nak join Ty and the gang , sila PM Ty di FB.

Yeah ! ~majulah sukan untuk negara~

10 comments

  1. huh... takmo pakai baju kurung lagi naa... smash lagi kang... hahhaa...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Masih muda dik , kena la aktif untuk kesihatan di hari tua. =)

      Delete
  3. stylo lah Ty main pakai baju kurung.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala kena la maen dengan penuh gaya. Haha

      Delete
  4. isy2.... eh ritu pki bj kurung ke? larikkkkk

    ReplyDelete
  5. wahhh! nampak kelainan di situ! sweet dan ayu jee akak main pakai baju kurung. (Y)
    nanti, akak berenang ke dasar laut pakai baju kurung, jgn lupa snap tau! xD heheheee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi ar camna dik leh imagine tahap berenang ni... hahahaha yang nak snap tu kena bawa camera water proof gitu.. curlas kan..

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.