Pantai Timur , Aku Datang ! - Day 3

Saturday, June 8, 2013


Salam u olls , 

Hari ke - 3 dalam episod cerita kami di Pantai Timur .

Pantai Timur , Aku Datang !
24hb Mei 2013 ,

Sedap gila tidur dengan meneroka mimpi nan indah apa tidaknya bila tidur di dalam bilik berhawa dingin dengan memeluk erat bantal kesayangan ku. 

Tetapi , gangguan bunyi kejutan daripada "alarm bernyawa" mengamatkan suasana seluruh rumah , ditambahkan pula dengan "alarm henpon" dari bilik hero 2 orang yang tidur mampoih. SubhanAllah , tekanan dibuatnya. Ty juga lah yang DISMISS alarm tu , tapi yang "bernyawa" tu mampu amik hati dengan terus bangun dan siap. 

Sementara tunggu yang lain bangun dan bersiap , Kak Sue & Abang Eddy keluar dan belikan kami semua bekpes. Gila tak weyh , Nasi Kerabu - RM 2.50 ja tapi bapak mak nenek moyang ang punya la banyak portion dia. Jenuh weyh , nak perabih. Tengah mood dieting kalo memang "pi". Rugi-rugi. Tapi minta maap la memey dop leh makang bagi abes.


Kerabu Sare / Kerabu Rumpai Laut
(diratah bersama nasi kerabu)

Selepas makan bekpes bersama , bersiap untuk tujuan ageda yang sebetulnya. Bekwoh jom! Ke majlis kenduri kahwin Abe Que Achmad di Kota Bharu. Entri ucapan tahniah buat abe dah pun hadpate sebenarnya - Que Achmad & Nur Asmawani , Selamat.Pengantin.Baru! Sekali lagi , TAHNIAH abe!




Model jalanan memang cenggini. Tak dapek korang semua nak nolong kami , beriban gambar kami sebenarnya tapi takkan la nak pulun upload semua kan , simpanan peribadi masing - masing di Instagram - Facebook - Twitter dsb je ade. Terjah la kalau rasa nak KAYPOCHI. Oppss.

Destinasi seterusnya , Pasar Siti Khadijah . Sempat la kami gegirls salin baju di tandas , selepas jam 2 petang , operasi meneroka sekitar pasar pun dijalankan. Beli keronsang - keropok ikan - kain pasang - periuk belanga dsb.


Singgah sebentar di sekitar Istana Jahar - Muzium Adat Istiadat Di Raja Kelantan , Istana Balai Besar , Bank Pitis dan bergambar la kerja nya kan , kereta pun parkir surrounding parking area yang ada dan berhampiran di situ ada Medan Selera Kampung Kraftangan.

Lepas solat jamak , kami membawa diri dan bersantai di tepi pantai lagi. Dan inikalilah ni , ke Pantai Irama Bachok.

Sampai je di pantai , beli Sata & Sate Ikan / Lokching , makan lagi. Dan kat tempat orang kan , jadi kena la cuba makanan yang lain dari negeri sendiri dan susah atau tak sesedap yang ada di KL.


Ramai orang bersama teman dan seisi keluarga yang datang beriadah di situ tapi sedikit pun tidak menjadi penghalang untuk kami berehat dan beristirehat bersama. Kenangan terindah adik manis si Mieza di situ mesti cara dia makan sata , menjadi tanda tanya pada semua , kenapa macam renyah je cara dia buka balutan sata , sedangkan orang lain dah makan berbiji-biji. Lepas jamah makan petang , masing - masing dah mula nak bergambar , and this time Ty main air laut tanpa hiraukan seluar basah. 


Nak bergambar solo memang tak leh , ade je yang nak interframe.

Gadis Batu Pantai Irama , Bachok.

Senja pun tiba , kami ke pasar malam berhampiran Pantai Irama untuk tapau makan malam masing - masing dan makan bersama di rumah nanti. Kebetulan teman blogger seorang lagi nak berjumpa , Mat Yie aka Qie , pengapit Abe Que. Kami singgah minum dan sembang di restoran sebentar sebelum gerak lik ke rumah. Hakikatnya semua dah lemau - lembik. Masa di restoran , tergugat iman the girls. Terutamanya adik manis , Mieza. Jeng3X. 

Alhamdulillah , selamat sampai di rumah penginapan dan dapat bersihkan diri. Dinner? Tak lapar sebenarnya , lapaq bantai dari makanan. Lepas makan , layan Candy Crush adalah perkara wajib sebelum tidur.

Penjelajahan hari esoknya agak jauh , boleh dikatakan semua masuk tidur awal.

Ke manakah kami meneroka? Nantikan entri seterusnya.
To be continued...

12 comments

  1. ok fine bilik mereka berhawa dingin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok fine jugak .Heee sila beralah dgn girls. Ladies first hokayh!

      Delete
    2. hahahah nasib kami.. jambanpun air sikit. mcm nak xnak kuar je air ngeeee

      Delete
    3. Pengorbanan kali amat kami hargai. Itu namanya nak suh ampa semua berjimat cermat mengunakan air la dik oii.

      Delete
  2. sedap makanan di medan selera tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memey la akak ooiii , ore2 kelate bawa kami makan hor sedak2 ja.

      Delete
  3. weiiiiii..gossip gurllls sgtt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Grrrr.. Larikkk !!
      Harus la gossip noks. Pillow talk je kalau xnak kena gossip. Eh..

      Delete
  4. Replies
    1. Adoi la pengantin ni , nak ikot gi mana ha? Paceroh la abe ni.

      Delete
  5. Replies
    1. hok aloh , kalau tapau by the time nak bagi memang lesap la

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.