Salam u olls ,
Tajuk entri pelik kan.
Al-kisah dah berzaman berlalu. Tapi , kawan buka balik. Siap mention lagi teringat kat Ty dan terus betul - betul dia pun terjumpa la si Ah Chong di tepi jalan baru ni.
Malam tahun baru - 2 tahun lepas , Ty meronda dari Relau naik ke Balik Pulau , nak turun ke Tanjuh Bungah gitu.
Jalan bengkang bengkok tu memang sudah semestinya la kan. Waktu tu , Ty memang tengah layan habis lagu - lagu Maher Zain dari CD yang di pasang , memang layan abis hokayh sambil mata memang fokus 250meter ke hadapan , bantu juga la pemandu yang tengah drive sebab curam dan gelap. Ada kereta dan motor yang lalu tapi tak macam jalan biasa la banyak nya tu.
Dari jauh , Ty nampak seumpama tiang atau tembok yang tinggi sahaja sebab kat jalan kawasan Balik Pulau tengah dibaikpulihkan dan naik taraf la sikit. Mulut duk kumat kumit ikut lirik lagu Maher Zain , mata memang tak kedip asyik tenung dan tertanya apa dalam hati je.
Sampai lah , kereta lalu di selekoh di mana benda yang Ty dari jauh tenung dan perhati , Ty bertentang lah mata dengan si Ah Chong . Huh , pengalaman yang sangat tidak dijangka tapi buat tak tahu je , curi - curi juga tengok side mirror tapi dah xada apa-apa. Ngeri weyh raut wajah si Ah Chong , tapi kuatkan semangat dan buat tak reti je , xbersuara dan bagitahu si pemandu pun. Layan Maher Zain je.
Keesokkan hari , baru buka cerita. Ok , banyak rupanya geng Ah Chong berpeleseran pada malam tahun baru. Ty terjumpa si Ah Chong je , yang lain si pemandu yang nampak. Katanya lah.
Tapi , baru ni . Kawan Ty lalu area Relau dengan kakak dia , dia tengah teringat kat Ty yang lalu area tu jumpa Ah Chong , tengok - tengok dia pun nampak , macam di seru pula. Kelakar tapi aneh. Sengal jugak kan , kawan Ty ni. Ada ka patut teringkat Ty kena kenangkan kejadian pertemuan Ty dan si Ah Chong yang layan Maher Zain.
Hampeh baq ang!
assalamualaikum Ty, ah chong pelakon/penyanyi tu ke? hehehe
ReplyDeletewassalam Sheila. Haha sgt x .
Deletehahaha. tak kenal ah chong lah. maaf kuno. lol =,=
ReplyDeleteXpayah la kenal Marniey. Haha
DeleteSalam,
ReplyDeleteTerima aksih kerana sudi ke blog saya
Anda sudah berada di bloglist saya…
Hanif blog bloglist
Hanif Bloglist adalah PR2.
Setiap minggu saya akan merayau di bloglist
Susunan bloglist adalah berdasarkan nama blog anda bukannya URL /jika tiada abjab akan dimasukkan ke abjab A
Setiap minggu saya akan merayau di bloglist
Tiada paksaan, jika mahu exchange bloglist letakkan
Hanif bin Idrus Blog
di bloglist anda.
Tapi yang penting persahabatan kita
Thank you hanif.in sha allah ty akan masukkan ke dalam bloglist ty juga. Keep on touch.
Deleteassalamualaikum yanty...ah chong yg mana ek...:)
ReplyDeleteWassalam mama. Hai...ah chong ni ty pun xkenal.secara lebih mendalam tu payah kenalkan pada mama semua. Haha ;o)
DeleteTy... Ah Chong tu sapa? Momok ke? haha
ReplyDeleteHaha Momok la. kalau org takkan la ngeri sis hainom OKje. haha
DeleteNama sebenar bukan Ah chong..tetapi scara fizikalnya berbentuk seperti manusia yg berbalut dgn kain kapan berwarna putih dan trdapat ikatan diatas kpalanya...Tp hakikatnya dia bukan manusia. -_- Sekian.
ReplyDeleteHaha , sabar je la hang! Grrrr....
Delete