Salam u olls ,
Salam Maulidur Rasul !
Salam Maulidur Rasul !
Kali ni Ty nak kongsi dan review sebuah restoran makan yang baru dibukakan dan makanan yang ada di situ.
Sebenarnya , Ty pun tak tahu pasal kewujudan restoran ni yang dirasmikan pada 9 Januari 2013 baru - baru ini. Al kisahnya , Isnin yang lepas dan selepas waktu kerja , mummy jemput dari pejabat dan jugak kakak Ty di area Presint 2. Dan cadangnya untuk terus pergi makan. Kakak Ty cadang nak makan di sekitar restoran berdekatan sahaja tapi mummy menghala ke arah Presint 4. Nak dijadikan cerita , masa berhenti di lampu isyarat yang sedang merah menyala , Ty terpandang ke arah sebuah banner yang tergantung di dinding bangunan kerajaan , Jabatan Peguam Negara (AGC). Tertarik minat kami anak beranak untuk terjah dah cuba. Berangan nak ke "sky" lettew kononnya u olls.
this is the banner , u olls !
Okay , terus usaha cari tempat untuk park kereta tapi hanya jumpa parking luar untuk kaki&tangan tapi ada kita orang kesah? Semua orang dah balik , hokayh! Jadi park je la.
Sebelum masuk ke bangunan kerajaan ni , Ty haruslah snap dan snap itu dan ini buat kenangan dan rujukan serta nak kongsi kat belog ni buat semua.
Ada lagi banner sebelum dibenarkan masuk dan discan jugak.
Di hadapan lift , oleh itu tak de masalah nak sesat ke SKY!
U olls , nama restoran Ty asyik berangan nak ke sky ni ialah Sky View @11. Dan ini adalah gambar yang Ty sempat amik , lambang nya dan di hadapan pintu masuk ke dalam restoran.
- Pintu masuk Sky View @11
- Ruang makan di luar (ala-ala di "sky" gitu)
- Ruang makan di dalam
- Tempat makanan buffet (Hanya pada breakfast & lunch)
- Dessert area ; Buah-buahan dan kek
- Menu
Menu untuk breakfast
Menu ala carte
- Food & Beverages
Ain't it so UNIQUE + CUTE?
Chinese Style Fried Rice
Fried Kway Teow
-The PRAWN is so big!-
SkyView Club Sandwich
Caesar Salad
Barley & Teh Tarik
-me only had drinking water-
- Price & rate of the food
Sangat berbaloi dengan portion yang dihidangkan , standard price tapi Ty wonder bila dapat bill , Ty dan mummy perasan yang setiap makanan ada discount. Hurm , sebab apa erk? Tak sempat nak bertanya sebab nak cepat balik dan melawat budak sakit , Aqish yang jatuh gara - gara lari dan terhentuk kepala di bucu dinding , budak nak besar makin buas. Yang pasti u olls , apa yang di makan harga kesemuanya tidak melebihi RM45/-.
Tempat ni sesuai untuk golongan korporat untuk datang berjumpa client dan open bisnes , aman dan tenang je. Suasana yang tak crowded dan service sangat tip top dan memang high class. In sha Allah , Ty akan cuba try ke sana untuk cuba breakfast & lunch buffet pula bila - bila. Ke ada yang nak belanja? Heee..
Bagi yang kerja di bangunan tersebut dan berdekatan senang la kan cari makan sambil berangan berada di sky . Untungnya mereka dan mereka.
Datang ke Putrajaya , sila singgah taw! Putrajaya-ian , Bangi-an , dan semua berdekatan harus cuba!!!!
Nothing to regret , it's worth it babeh!
saya tertarik dengan ruang makan yang kat luar tu lah.. sempoi lah...
ReplyDeleteErk..gmbr tu je Ty snap jadi blur.
Deletetyyyyyyyyyyyy....jom la...nak tryyyy
ReplyDeleteWokayh2.
Deletemacam best je Ty. hehe.. boleh la pergi nanti
ReplyDeleteLiza jom dh start kj kt Putrajy kn?
DeleteBest ke Putrajaya.... 1st time dgr org kt gitu Ayie
ReplyDeletebestnyerrrr... makanan nampak sedap2..
ReplyDeleteMemang sedap every food got its taste.
Deletethat's my office!!! :)
ReplyDeleteSo , mesti selalu makan kat situ kan?
DeleteJika Anda memiliki Restoran atau Rumah Makan, sebaiknya Anda menggunakan Dus Makanan untuk mendukung aktivitas Usaha Anda.
ReplyDeletekitaorang yang kerja kat sini order je guna phone call. diorang datang hantar hehehe..
ReplyDelete