Assalamualaikum ,
Ketika masih bersekolah dahulu, kita perlu menghafal beberapa surah dari al-Quran sebagai syarat untuk lulus dalam beberapa subjek tertentu.
Perangai pelajar sekolah, terutama lelaki, ramai yang menghafal surah-surah tu 'last minute'. Dalam keadaan terpaksa, macam-macam kaedah menghafal muncul secara tiba-tiba. Dalam kesibukan menghafal tu, kadang-kadang ada yang tak sedar ia sedang membaca al-Quran dalam keadaan tidak menutup aurat.
Pernah juga ada kawan yang bertanya, apa hukum membaca al-Quran tanpa menutup aurat?
Untuk permasalahan ini, Syeikh Muhammad bin Sholeh Al-Utsaimin pernah ditanya tentang hukum wanita yang membaca Alquran tanpa memakai jilbab.
Adakah ia dibolehkan?
Beliau menjawab, “Untuk membaca Alquran, tidak ada persyaratan bagi wanita untuk menutup kepalanya. Kerana tidak disyaratkan untuk menutup aurat ketika membaca Alquran. Berbeza dengan solat. Solat seseorang boleh jadi tidak sah kecuali dengan menutup aurat.”
Persoalan yang sama juga pernah diajukan kepada Syeikh Prof. Dr. Ahmad Hajji Al-Kurdi, ia menjawab, “Jika tidak ada dalil yang menunjukkan bahawa tindakan itu termasuk melecehkan atau tidak menghormati Alquran, maka perbuatan semacam ini tidak haram. Cuma ia tidak sesuai dengan adab yang diajarkan ketika membaca Alquran.”
thanx for the info :)
ReplyDeleteReena : Sama-sama .
ReplyDelete