Diskaun tol Aidilfitri di 24 lebuh raya 30 -31 Ogos 2011

Thursday, August 18, 2011




Sebanyak 24 lebuh raya bertol di seluruh negara akan memberi diskaun antara lima dan 37.5 peratus pada 30 dan 31 Ogos ini sempena Aidilfitri tahun ini.

Lebuh raya yang terbabit ialah Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), Lebuh Raya Utara Selatan 

Hubungan Tengah (Elite), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuh Raya Laluan 
Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK), Lebuh Raya
Damansara Puchong (LDP), Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (Sprint), Lebuh 
Raya KL-Karak (KLK).

NONE

Lebuh Raya Pantai Timur, Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya 

Koridor Guthrie (Guthrie), Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuh Raya Sungai Besi 
(Besraya), Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuh Raya
Shah Alam (Kesas).

Lebuh Raya Duta Ulu Kelang (Duke), Lebuh Raya Cheras Kajang (Grand Saga), Lebuh Raya

Smart, Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP),
Lebuh Raya Lingkaran Kajang (Silk) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor (kiri), berkata Lebuh Raya Latar yang baru dibuka juga 
bersetuju untuk memanjangkan tempoh laluan percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos.
shaziman 230611

"Pengguna Lebuh Raya LDP pula tidak akan dikenakan apa-apa bayaran pada Hari 
Kemerdekaan bermula 12 tengah malam sehingga 11.59 tengah hari," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Aidilfitri peringkat Kementerian Kerja Raya di Plaza Tol Lagong Lebuhraya Guthrie di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, pemberian diskaun itu adalah sejajar dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara yang baru yang diumumkan bulan lalu iaitu bagi memerangi kos kehidupan yang kian meningkat.
Terdapat beberapa lebuh raya terutamanya yang di luar Kuala Lumpur yang menawarkan diskaun lebih 

awal bermula pada 28 Ogos ini sehingga dua hari selepas hari raya.

Walaupun lazimnya bilangan kenderaan di jalan raya meningkat dua kali ganda pada musim perayaan, Shaziman berkata, beliau yakin keadaan trafik pulang ke kampung pada kali ini akan lebih terkawal memandangkan tempoh cuti yang agak panjang membolehkan jadual perjalanan lebih teratur.

Beliau berkata, bagi mengelak kesesakan jalan raya di Pantai Timur dalam masa empat hari lagi sebahagian 

jajaran Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Dua akan dibuka.

NONE

Tiga laluan akan dibuka iaitu bermula dari Persimpangan Bertingkat Bukit Besi ke Persimpangan 
Bertingkat Ajil sepanjang 42.4 kilometer (km), laluan baru yang dikenali sebagai Bukit Payung Spur 
Road sepanjang 16.3 km dan Persimpangan Bertingkat Telemong ke Persimpangan Bertingkat 
Kuala Terengganu sepanjang 9.2 km.

Shaziman juga berkata, bagi keselamatan pengguna jalan raya yang semakin meningkat, Kementerian Kerja Raya melakukan beberapa inisiatif termasuk kerja pembaikan di 37 lokasi tertentu di jalan-jalan persekutuan dan di 10 lokasi di lebuh raya pada tahun lalu.  
Walaupun cheq balik Penang nek bus & balik awal , rasa macam tidak berbaloi kepada pengguna jalan raya yang lain sebab kebanyakkan orang awam semestinya pulang ke kampung halaman lebih awal. 
 Sumber  : BERNAMA

Post a Comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.