Bahaya Nya BerHOOKAH / BerSHISHA

Tuesday, February 22, 2011

SHISHA? Buat Penggemar shisha ~

Shisha @ Hookah. berasal dari zaman dinansti Mogul @ Mughal di India. Bertujuan utk mengurangkan kesan rokok (dengan cara 'menapis' menggunakan air) kepada golongan2 pembesar di zaman tersebut yg sudah ketagih menghisap rokok setelah ia diperkenalkn oleh Barat.

Di Malaysia penggunaan "hookah" semakin meletup! Merata-rata di kota boleh didapati. Mamak stall , restoran , hotel , kelab , gerai makan di bandar besar.
 


 Beberapa ringkasan fakta:
1. Popular di negeri-negeri Arab terutama di Iran.
2. Dihidangkan semasa majlis keraian bagi memeriahkan suasana ketika berkumpul bersama.
3. Tidak popular di India walaupon berasal dari India.
4. Diharamkan di daerah Gujerat, India.
5. Terkenal di kalangan pelajar sekolah di Filipina berikutan rokok di haramkan kepada pelajar sekolah di sana.
6. Memerlukan permit khas di Amerika bg menjalankan perniagaan ini kerana melibatkan akta merokok di dalam bangunan
7. Terkenal di kalangan pelancong ke Israel.
8. Di bantah penggunaannya di kalangan penduduk Israel oleh The Israel Cancer Association dan diharamkan penggunaannya di markas-markas tentera di Israel oleh Israel Defense Forces.


Kesan terhadap kesihatan:
1. Asap shisha mengandungi komposisi toksik seperti tar, karbon monoksida, logam berat seperti zink dan carcinogen yg tinggi. (carcinogen adalah bahan kimia yg membantu pembiakkan sel kanser). Lebih tepat lagi, penghisap shisha menyedut lebih karbon monoksida berbanding perokok biasa (berdasarkan fakta sebatang rokok mampu bertahan 5 – 7min manakala shisha mampu bertahan sehingga 60minit!)
2. Menurut kajian, menghisap shisha dikenalpasti sebagai salah satu punca kepada kanser paru-paru, kanser mulut, serangan jantung dan penyakit lain yg disebabkan kegagalan jantung dan paru-paru.
3. Penghisap shisha menerima jumlah nikotin yg hampir sama dengan perokok biasa.
4. Asap yang dihembus oleh penghisap shisha berpotensi menyumbang kepada kesan “secondhand smoker” kepada orang disekeliling. (secondhand smoker lebih terdedah kepada risiko kanser paru-paru berbanding perokok tegar!)
5. Bg kaum ibu yg mengandung, menghisap shisha mampu menyebabkan kandungan yg dilahirkan tidak cukup berat atau tidak matang.
6. Penyakit berjangkit melalui air liur seperti H1N1 dan air-borne tuberculosis (penyakit TB) mampu merebak di kalangan penghisap shisha di kedai-kedai berikutan paip atau penyedut shisha tersebit tidak dicuci dan di sterilkan dengan betol. Biasanya bahan panas yang digunakan untuk membakar tembakau adalah terdiri dari bara kayu atau arang yang dilihat boleh meningkatkan risiko kesihatan kerana bila sesuatu proses pembakaran berlaku, ia akan menghasilkan bahan toksik tersendiri termasuk paras karbon monoksida yang tinggi, logam dan kimia yang boleh menyebabkan kanser.
7. Menurut statistik WHO (world health organization), setiap 32 orang daripada 100,000 orang di Mesir mengidap TB pada tahun 2005 dan kes baru pula dilaporkan meningkat 25 orang dari setiap 100,000 setiap tahun. 

Huh , so en3 ni sangat la nak suruh penggemar SHISHA tu fikir sekejap.
Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Department of Health and The Centre of Tobacco Control, shisha ni adalah sama bahaya dengan menghisap rokok bahkan lebih teruk lagi sebabnya adalah shisha ni meningkatkan lebih banyak lagi karbonmonoksida dalam badan.
Menghisap "hookah" atau turut dikenali dengan nama lain seperti shisha, water pipe, ghalyan, dan okka, akan membawa risiko kesihatan yang sama seperti merokok atau penggunaan produk tembakau yang lain.

Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Soi Lek berkata oleh sebab itu "hookah" bukanlah alternatif atau gantian kepada perbuatan menghisap rokok.
Perbezaan antara shisha & rokok
Bahan utamanya kedua-duanya ialah tembakau tetapi yang membezakannya dengan rokok,shisha ni berperisa
HARAM ? 
Dah kalau shisha tu macam rokok,kalau dah keluar fatwa kata rokok haram maka shisha pun haram la...

KESIMPULAN-nya
Buat korang penggemar tegar shisha , i nasihatkan untuk berhentilah.
Sayangilah nyawa korang.
Kalau dulu tak tahu, tapi sekarang dah tau, so bagi tahu member2 yang lain ye.


Lepas baca entry singgah la ke ruang komen , dan seKLIK  juga, TQ.



Post a Comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.