Iftar Together-Gather di Bangi Golf Resort 2022

Tuesday, March 1, 2022

Salam uolls,


Semenjak pandemik Covid-19 melanda dunia dari dua tahun lepas bagaikan dunia terhenti seketika. Mana tidaknya , satu dunia tergegas dari segala faktor dan kita juga tidak lagi bebas untuk bersosial dan menikmati kehidupan seharian seperti normal. Apabila negara kita telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masing-masing kita hanya berkurung di rumah sehinggakan setiap kali musim perayaan tiba sahaja ada yang bersendirian kerana jauh dari keluarga yang berada di kampung. Kita semua hanya mampu berhubung melalui teknologi sahaja untuk melepaskan rasa rindu.


Syukur kerana pada tahun 2022 ini , pihak kerajaan serta dunia telah pun melonggarkan peraturan walaupun masih lagi perlu mengikuti segala SOP yang telah ditetapkan bagi memastikan kita sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat supaya tidak dijangkiti virus durjana ni.


Kali ni dapatlah kita merentasi daerah dan negeri serta sempadan untuk menyambut perayaan bersama tersayang. Mudah-mudahan menjelang Aidilfitri nanti tiada sekatan lagi.



Memandangkan SOP yang ada membenarkan kapasiti yang terhad untuk sesebuah majlis atau acara dilangsungkan , jadi Ty nak ajak semua pembaca blog untuk mengambil kesempatan ini untuk berbuka puasa di Bangi Golf Resort  dengan temanya ; "Iftar Together-Gather" yang mana kita boleh meluangkan masa ketika menjamu selera dengan keluarga tersayang atau sanak saudara malah sahabat handai yang telah lama tidak ketemu sambil membawa perasaan nostalgia ketika berada di kampung walaupun di mana jua anda berada.


Seperti tahun - tahun sebelumnya , antara makanan dan hidangan yang memang menjadi menu popular di Bangi Golf Resort adalah seperti ; 


Kambing Bakar


Sup Kambing Mamak


Sate


Sous Vide Egg with Mushroom Espuma


Smoke Spaghetti Carbonara


dan juga Spanish Churros with Thick Chocolate Sauce.


Apa sahaja yang ditampilkan semestinyalah adalah daripada hasil tanaman segar dari ladang BGR sendiri. Chef sendiri akan memetik semuanya untuk memastikan kesegarannya untuk disajikan kepada para pengunjung bagi memastikan tetamu boleh merasakan pengalaman ketika menjamu selera yang unik iaitu "farm to fork".







Bagi mereka yang merindui masakan pantai timur , Nasi Kerabu yang berwarna kebiruan hasil dari Bunga Telang dengan ulam-ulaman segar yang ditanam dan dipetik akan disajikan bersama ayam goreng , ikan masin , keropok serta sos bersama bahan sampingan yang lain.

Menu terbaru untuk tahun ini adalah ;


Ayam Bakar Percik Selangor


Korean Fried Chicken


Japanese Beef Curry


Tom yum Seafood


Pad Kra Pao (Thai Basil Chicken)


Poach Chicken with Thai Suki Sauce


Mee Siam Goreng Meletup


Laksa Singapore


Penne with Creamy Korean Sauce


serta Liquid Snickers dan Korean Japchae yang mana semua makan ini akan membuatkan uolls merangsangkan deria rasa anda semua.


Dessert pun ada gais!



Rojak Buah

Pulut & Serawa Durian

Lemang & Rendang Daging



Mengenai SOP dan kapasiti , sudah tentu BGR mematuhinya yang mana kapasiti tempat duduk di ruang makan telah dikurangkan sebanyak 50% daripada kapasiti asal untuk memudahkan semua orang mempunyai ruang yang lebih selesa untuk mengekalkan jarak sosial di tempat makan dan juga kawasan bufet. Laluan untuk berbaris mengambil makanan juga diterapkan seperti barisan ketika di PPV.


Makanan yang disediakan semestianya telah disahkan HALAL oleh JAKIM semenjak thaun 2009 lagi, serta BGR telah menerima Sijil HACCP untuk ruangan dapaur yang tidak perlu dikhuatiri lagi kerana piawaian kebersihan dna keselamatan makanan adalah terjamin.


BGR juga menyediakan ruang parkir yang besar serta tetamu yang hadir tidak perlu risau untuk menunaikan ibadah solat kerana surau juga selesa telah disediakan.


Semua tetamu yang datang ke BGR mestilah telah lengkap kesemua dos vaksinasi untuk memasuki ke premis perniagaan BGR. Pegawai RELA juga ditugaskan di BGR untuk memastikan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.



Bufet Ramadan BGR akan bermuka pada 4 April 2022 sehingga 1 Mei 2022.



Harga Bufet Ramadan adalah RM60/dewasa dan RM30/kanak-kanak. Semua harga adalah tertakluk kepada 6% SST.


Untuk harga berkumpulan boleh refer dan membuat semua tempahan di https://bgrrest.com/ramadhan-buffer-2020/ .

3 comments

  1. Sedapnya lahaiiii... dah lama tak iftar together-gather camni... menunya pun perghhhh ada umphhhh... terbaiklah! Dengan warna-warninya dan banyak pilihan pulak tu... who can resist kannnn...

    ReplyDelete
  2. best, semua makanan sedap.Sop terjaga

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.