5 Restoran Pizza Hebat Mengancam Patut Cuba di Kuala Lumpur

Sunday, August 9, 2020


Salam uolls,

Pizza? Siapa yang tak suka makan pizza tak tahulah. Yang pasti pizza ni memang sedap dan sesuai dinikmati oleh semua golongan dari kanak-kanak, dewasa sehinggalah kepada warga emas. Pizza ni juga ada pelbagai variasi dan boleh membuatkan diri rasa puas jika dapat menikmati pizza yang benar-benar sedap!

Gabungan doh pizza yang lembut bersama topping yang penuh dengan sos yang secukupnya, benar-benar mengamit selera. Makin best kalau dapat makan ketika masih panas-panas. Terasa cair keju di dalam mulut. Puashati sangat-sangat. Kat mana ada pizza sedap di Kuala Lumpur? Kat sini ada lima cadangan tempat makan pizza yang menarik. 


#1- Dave’s Bistro, Bar & Grill



Di restoran Dave’s Bistro, Bar & Grill ini terdapat pelbagai jenis pizza dengan rasa yang pelbagai. Ia mampu menepati cita rasa sesiapa sahaja dan antara menu yang paling popular adalah Traditional French Pissaladiere dengan topping sos tomato, bawang caramelized manis,  tomato confit, buah zaitun dan ikan bilis. Gabungan yang luar biasa untuk rasa yang sangat meletup.


Di restoran ini juga turut menghidangkan pelbagai jenis hidangan Perancis dan Itali yang lain merangkumi daging, pasta, pencuci mulut dan lain-lain lagi. 


Alamat: Lot G209, Promenade, Ground Floor, 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Masa operasi: setiap hari (11.00am - 11.00pm)



#2 - La Risata 



Nak rasa pizza yang di masak cara lama? Restoran dua tingkat yang bercirikan kotemporari Itali ini sememangnya terkenal dengan hidangan Itali yang asli dari ketuhar kayu api tradisional. Pizzanya yang nipis dan juga rangup. Setakat makan sepotong dua mesti tak akan cukup dan terdapat juga hidangan asli Itali yang lain di sini seperti pasta, makanan laut dan lain-lain lagi. 


Restoran ini telah dibuka sejak tahun 1996. Dah lama dan disebabkan itu restoran ini semakin hari semakin ramai yang kenal. Makanan Itali sememangnya menjadi antara menu kegemaran rakyat Malaysia, jadi tidak hairanlah jika terdapat ramai pelanggan yang berada di restoran ini. Nama La Risata pada restoran ini bermaksud ketawa dan semoga semua pelanggan akan merasa happy dengan layanan dan makanan di sini. 


Alamat: 16 Persiaran Ampang, 55000 Kuala Lumpur & 128 Jalan Kasah, Medan Damansara, 50490 Kuala Lumpur

Masa operasi: setiap hari (12 - 2.30pm & 6.30 - 10.30pm)



#3 - Cubes Pizza 



Cubes Pizza merupakan satu lagi tempat makan pizza yang best di Kuala Lumpur. Restoran ini berasal daripada Mississauga, Kanada dan menawarkan pizza Sicily dengan sos tomato tradisional.


Sos tomato tradisional ini telah dibuat sendiri oleh mereka bersama campuran pelbagai jenis rempah ratus Itali. Bahan masakan lain seperti daging dan sayur turut sentiasa dijaga akan mutu kesegarannya. Dohnya pula dihasilkan secara adunan tangan tangan setiap hari dan ini semua dilakukan mengikut cara tradisi Itali bagi mengekalkan rasa dan mutu makanan mereka sentiasa. 


Alamat: A1-UG1-03, Solaris Dutamas, No.1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur

Masa operasi: setiap hari  (10.00am - 11.00pm)



#4 - Mikey’s Original New York Pizza



Jangan ingat hanya Itali saja yang famous dengan pizza. Buktinya ada juga restoran dari New York dan nama restoran ini adalah Mikey’s Original. Terdapat pelbagai pilihan pizza yang boleh didapatkan di sini.


Mikey’s Original menyediakan pizza yang sememangnya berbeza daripada pizza yang terdapat di tempat lain. Bukan saja resepinya bersifat turun temurun bahkan  keraknya yang nipis dengan hirisan dan bahan-bahan yang segar telah membuatkan ramai pelanggan jatuh cinta. 


Alamat: 17 Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur & D3-G3-3A, Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. 

Masa operasi: setiap hari (11.30am - 11.00pm) Jumaat Sabtu (11.30am - 12.00pm) 



#5 - Bel Pasto Pizza Italian Restaurant 



Restoran ini dimiliki oleh dua chef Itali. Lain macam sikit dan Restoran Bel Pasto ini telah diiktiraf sebagai salah satu restoran yang sangat bagus! Makanannya pelbagai dengan rasa Itali asli dan semuanya dibuat segar untuk pelanggan. 


Ada juga hidangan Itali seperti pasta, pencuci mulut dan juga kopi Itali. Kiranya siapa yang sukakan pizza akan terasa happy kerana pelbagai jenis makanan Itali ada di sini. Pizzanya juga sangat sedap dan sesuai dengan harga yang ditawarkan. 


Alamat: C-G-16, Jalan Metro Perdana 3, Taman Usahawan Kepong, 52100 Kepong, Kuala Lumpur.

Masa operasi: Rabu hingga Isnin (11.00am - 3.00pm), (6.00pm - 10.30pm)


Akan tetapi, tak semua orang suka pergi ke restoran untuk makan. Lagi-lagi kalau badan dah penat selepas pulang berkerja. Nak masak rasa tak larat, tekak nak makan pizza dan cara terbaik tak lain dan tak bukan dengan guna servis pizza delivery dari Foodpanda. 


Foodpanda boleh dikatakan antara servis delivery yang best sebab di dalam aplikasi mereka ada banyak cadangan makanan yang okay. Termasuklah dengan pizza ni juga. 



Tak payah nak keluar rumah. Tak perlu juga nak susah hati bersesak di sana sini. Biar saja pihak Foodpanda hantar semua pizza yang diinginkan. Boleh juga guna cara contactless delivery untuk tahap keselamatan yang lebih baik. Yang pasti, kalau teringin nak makan pizza di Kuala Lumpur, tak susah mana pun. Bila-bila masa boleh. Segalanya hanya di hujung jari. 


1 comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.