Takoyaki SEDAP dari Seikatsu Premium Takoyaki

Wednesday, July 1, 2020



Salam uolls !
Salam PKPP juga.
Maaf lama menghilang, sejak PKPP dah mula sibuk pula dengan urusan kerja yang boleh masuk ke pejabat. Macam-macam urusan. Tak menulis blog sebab, sebelum arahan boleh kerja, gatai nak mampuih oi. Mood mengemas rumah, duk sorang memang dari pagi ke pagi (tengah malam buta) dengan tak sempat mandi pun ada sebab mengubah barang itu ini lepas tu sapu mop berkali-kali. Maka 5 hari lebih juga.

Walaupun mood mengemas sampai lambat, dan sebabkan memang tak menyempat nak masak beriya pakat order online saja. Dan bermula episod teringin nak makan itu dan ini. Kali ini Ty nak kongsi dengan korang, yang Ty teringin nak makan TAKOYAKI dan bukan setakat buat untuk makan di rumah. Ty pun masak untuk makan bersama kawan seopis sebab di awal kami boleh masuk kerja hanya lah 5 jam untuk 3 hari dalam seminggu. Jadi kafeteria tak buka. Nak keluar pun, tak dibenarkan sekereta dengan kawan sepejabat. Makanya masing - masing pakat masak dan makan di opis saje.


Ha, ini la bekalan untuk makan dengan kawan. Sebekas Takoyaki ada 3 jenis inti yang berlainan. Sayangnya, sedap sangat sampaikan semua lupa nak ambil gambar sambil menikmati ketika makan. 

Takda la muka nikmat makan dengan mereka. Siap suruh masak lagi esok. 


Upon request kekawan, Ty pun tunaikan. Kenapa tunaikan? Sebab cara untuk penyediaan sangatlah MUDAH, uolls. HANYA GORENG. 

Apa yang membuat Takoyaki ini lagi sedap apabila tengah panas dan rangup, di curah pula dengan sos tersendiri bersama mayonis dan juga topping kepingan ikan yang mana datang bersekali.

Sumpah tak tipu, sedap sungguh.


Ty ada 3 paket perisa filling ;  Chicken Cheese, Real Octopus dan Premium Crabstick.

Kena cuba sebab geng opis pun terus sibuk tanya beli kat mana? 

Jom uolls cuba sendiri dengan mendapatkan Takoyaki uolls dari Seikatsu Premium Takoyaki (klik).

𝗧𝗔𝗞𝗢𝗬𝗔𝗞𝗜 yang dijual :
Harga Jualan RM15 per pack (12 biji)

Filling
🐔- Chicken Cheese
🐙- Real Octopus
🦀- Premium Crabstick
🦐- Real Prawn

Set TOPPING juga disertakan sekali

MINIMUM 3 PACK dan caj sekali penghantaran hanya RM5/- sahaja.

Selamat menikmati Takoyaki uolls!

1 comment

  1. Salam perkenalan, nama blogger baru dan nama saya Linda
    Saya ingin bertukar link dengna rakan-rakan blogger semud
    Sertai segmen saya "Jom Tukar Bloglist"
    Maaf jika ada salah susunan, orang baru…heheheh..Baru nak belajar buat segmen dan cari rakan-rakan
    JOM TUKAR BLOGLIST

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.