Lokasi Tempat Makanan Menarik di Kuala Terengganu

Monday, January 27, 2020


Salam uolls,

Mesti uolls ada yang pernah pergi ke Terengganu kan? Apa yang membuat uolls pergi bercuti ke sana? Bagi Ty , memang Ty suka pergi sebab akan bercuti ke pulau dan semestinya nak makan makanan yang serba menarik dan juga asli dari negeri Terengganu ni. Okay, untuk uolls yang taktau, Terengganu memang banyak tempat-tempat best untuk uolls lawati dan bercuti dengan keluarga dan juga lepak bersama kawan -kawan. Kebanyakkannya, of course la ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian kan? Tapi kali ni apa yang menarik, Ty nak kongsikan beberapa lokasi menarik untuk uolls datang dan cuba makanan yang sedap giler kat sekitar Kuala Terengganu ni.

Seperti biasa, untuk menjimatkan masa Ty ke Terengganu menaiki flight Air Asia. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan. Well, zaman dah moden uolls. Seperti semua sedia maklum , Ty tinggal di Putrajaya makanya Ty naik train ERL je ke airport dari Putrajaya Sentral. So dalam setengah jam lepas tu Ty  dah sampai airport. Kalau uolls nak cuba naik train ni, uolls boleh dapatkan tiket dengan book cheap KLIA Transit tickets kat laman sesawang Traveloka ni. Ty pun baru figure out hari tu. Kalau dari awal Ty tau, haihh. Membazir masa aje beratur nak beli tiket train. Apa pun, satu lagi yang menarik, kalau uolls nak kan private transport yang murah dan trusted, uolls boleh cuba book cheap airport taxi online dari Traveloka. Ty jamin harganya mampu milikdan semestinyalah selesa sebab it’s private!

Meh sambung cerita.
Selepas mendarat di airport Kuala Terengganu, Ty terus ke hotel untuk check in dan menyelesaikan urusan sewa kereta untuk kegunaan Ty kat sana and the journey has begin

Berikut Ty senarai beberapa lokasi yang bagi Ty agak menarik dan pastinya membuka selera uolls. Ada diantaranya Ty google dulu dan Ty pergi rasa sendiri keunikan makanan yang ada kat Kuala Terengganu ni. Let’s check it out.

Gerai Nasi Dagang Kak Pah

Nasi dagang ni kalau kat KL memang salah satu hidangan favourite Ty kalau sarapan pagi especially bila dulu arwah mummy ada sebab her favourite juga. Dan itulah salah satu punca yang mengheret Ty untuk rasa sendiri nasi dagang Kak Pah ni. Gerai dia terletak di Medan Selera Batu Buruk. Kalau uolls nak datang makan sini kena datang awal kalau tak, memang berhimpit-himpit dengan orang ramai. Apa yang lagi menarik Ty untuk ke gerai ni ialah ia pernah menjadi lokasi kunjungan Jalan-Jalan Cari Makan. Memang sedap. Ty bagi thumbs up. Semoga Kak Pah terus maju.

Fauzi Nasi Kerabu

Tak lengkap sesuatu hidangan dari pantai timur kalau dah ada nasi dagang, tapi tak ada Nasi Kerabu. Ini dia kedai Nasi Kerabu yang Ty kira agak laris jugak penjualannya. Masa Ty pergi tu jam baru 7.30 pagi. Tapi orang dah start beratur panjang. Macam-macam lauk ada kat kedai ni tapi Nasi Kerabu yang paling wajib uolls cuba. Uolls boleh tambah lauk seperti ayam bakar, kambing bakar, ada jugak kuih-muih. Tak hairan la kalau kedai ni dah bertahan selama 30 tahun dan menerima kunjungan customer yang ramai setiap hari. Hidup Fauzi Nasi Kerabu!

Gudang Makang

Tempat ni adalah paling sesuai untuk uolls yang mengalami kekeliruan nak makan apa dan nak makan di mana. Tayah fikir banyak dah, uolls datang je Gudang Makang ni. Nescaya Ty yakin uolls akan terus tau nak makan apa, perut pun terus lapar. Gudang Makang merupakan satu medan selera yang besar di mana ia menempatkan lebih daripda 10 gerai makanan yang menjual masakan Terengganu.

Uolls boleh pilih nak makan makanan masakan Terengganu, Western, makanan panas atau nasi campur. Its your choice beb. Btw, tempat ni juga lebih sesuai untuk uolls bawak anak-anak kecik sebab tempat makan yang luas dan boleh dikatakan selesa. Harga pun mur mur je.

Warung Pok Nong

Warung Pok Nong ni Ty dapat melalui sumber ihsan google. Saje nak try kedai makanan seafood yang ada kat Kuala Terengganu ni. Sebab apa Ty memilih kedai ni, sebab dia warung. Bila warung, expexctation Ty ialah yang memasak mestilah merupakan local, pakcik makcik yang dah turun temurun meniaga. Bila Ty sampai, yaaaa. Inilah kedai yang Ty nak. Layan diri, lokasi cantik tepi laut. Apa yang Ty paling suka ialah kombinasi sotong celup tepung dengan air kelapa padu. Pergh. Layan oo. Uolls wajib pergi sini okay. Ty yakin uolls akan repeat makan kat warung ni.

Restoran Mat Binjai

Untuk makanan tengah hari dan orang inginkan masakan tradisi Terengganu, Restoran Mat Binjai ni adalah salah satu tempatnya. Yang ni Ty jumpa dari google jugak. Katanya sedap dan patut cuba. So here I am. Ty dah rasa. Memang sedap. Pilihan lauk agak banyak and kalau uolls teringin nak cuba makan telur penyu, uolls boleh dapatkan jugak kat restoran ni. Ty tak makan telur penyu and agak takut pulak nak rasa. Mungkin next time la. Hahahaha

Jadi gais, macam mana? Itu antara lokasi menarik yang Ty dah try and memang sedap. Boleh dikatakan nak repeat jugak kalau Ty sampai lagi di Kuala Terengganu ni pada masa akan datang. Kalau uolls ada lokasi best lagi nak share, dipersilakan gais. Jumpa lagi masa akan datang. Selamat bercuti semua.

4 comments

  1. Restaurant Mat Binjai port favorite sangat tau! Lauk kampung gitu.. kalau pergi tengahari, memang penuh laa..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah pergi makan area sini...pernah makan area Kemaman je...nampak sedap la...

    ReplyDelete
  3. rindunya makan2 kat terengganu ^_^

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Sis Yanty, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

    1 x RM200



    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

    2 x RM100



    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

    14 x RM50



    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.