Villa Serai - Homestay Di Merlimau : Seperti Di Rumah

Saturday, August 25, 2018


Salam uolls ,

Okay uolls semua , Ty ada lagi nak kongsi dengan uolls homestay untuk menginap bila uolls bercuti ataupun ada sebarang urusan di Melaka. Dan kali ini ianya sememangnya seperti berada di rumah ala mewah pula. Tak percaya? Jom baca sesama dan tengok perkongsian Ty ini sehingga ke hujung ye.

Villa Serai


Sebuah rumah yang mempunyai 3 buah bilik dan ada sebuah lagi chalet kayu kecil di dalam kawasan villa ini. Dan kenapa villa ini dinamakan "Villa Serai" , ianya kerana dikelilingi villa ini penuh di tanam serai. Perghh , bau wangi serai tu terhidu saja ketika Ty sampai.

Fasiliti yang disediakan di Villa Serai ;
- Ruang Tamu berhawa dingin & ada kipas.
Sangat selesa untuk berehat santai sambil menonton TV.

- Dapur yang lengkap (*dibenarkan masak)
Kelengkapan memasak seperti pinggan , kuali , senduk , periuk nasi , cawan , dulang , pemanas air, plastik sampah dan pelbagai lagi perkakas memasak. Ada peti ais juga.

Nak ber-BBQ pun boleh , siap dengan gas disediakan. Dan mesin basuh baju juga ada jadinya bolehlah basuh baju dan keringkan sama saja seperti di rumah sendiri.

Ruang makan ada dua, satunya di dalam satu lagi di luar. 

Dapurnya di luar , masak terus hidang dan makan.

- Mini Swimming Pool
Boleh la berjakuzi santai
 - Bilik tidur ; 3 buah - 2 buah bilik bersekali dengan bilik air dan 1 bilik ada 2 single bed.



- Bilik Air & Tandas Berasing juga ada

- Meja Santai Di Luar Rumah

- Ruang Letak Kereta
Muat 3 -4 kereta

- Chalet Kayu 
Nak tidur dalam chalet kayu pun boleh

Amacam uolls? Ty dan kengkawan sangat selesa dan rasa kami seperti berada di rumah. Dan bagi uolls yang berminat untuk menginap di sini bolehlah membuat tempahan dengan menghubungi 0104462616.

Semoga percutian uolls lebih bermakna dengan seribu kenangan dan sejuta kemanisan yang tidak mungkin dilupakan.

2 comments

  1. Thanks ye info homestay melaka ni :)

    ReplyDelete
  2. I think this is an informative post and it is very beneficial and knowledgeable. Therefore, I would like to thank you for the endeavors that you have made in writing this article. All the content is absolutely well-researched. Thanks... homestay melaka with swimming pool

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.