Dato AC Mizal Rakan Kongsi Baharu Pollo Mendi

Tuesday, August 28, 2018


Salam uolls ,


Baru - baru ini Syarikat penyediaan makanan "Pollo Mendi" telah mengadakan sebuah majlis bagi mengumumkan Dato AC Mizal sebagai rakan kongsi baharu yang akan bertanggungjawab untuk membangunkan strategi pemasaran dan pembangunan jenama Pollo Mendi.

Pollo Mendi
Pollo Mendi merupakan pengendali restoran penyediaan makanan Arab dan Itali bersama beberapa menu khas makanan terbaik Malaysia. Telah ditubuhkan pada 2015 dan merupakan salah sebuah anak syarikat kepada Brainy Bunch yang mempunyai 104 cawangan di Malaysia , 4 di Singapura , 2 di Indonesia dan 1 di Gaza.  

Encik Mohd Fadzil Hashim adalah pengasasnya yang mana merupakan seorang usahawan terkenal dengan jenama pendidikan Brainy Bunch.

Konsep gabungan penyediaan yang unik ini adalah bertujuan bagi mempelbagaikan pilihan makanan terutamanya kepada seisi keluarga dalam suasana lebih selesa dan esklusif. Pengendalian ini telah beroperasi sejak tahun 2015 lagi manakalau restoran ini telah dirasmikan oleh Y.B Dr Siti Mariah ; ahli parlimen Kota Raja pada tahun 2016 yang juga turut sama disaksikan oleh ahli parlimen Ampang ; Y.B Zuraida Kamarudin.

Pollo Mendi juga kini telahpun memasarkan beberapa produk sejuk beku melali rakan niaga usahawan dengan strategik yang tersendiri. Dan berhasrat untuk mempunyai sekurang - kurangnya 50 cawangan dalam tempoh 5 tahun.

Telah melancarkan semula Projek Rakan Usahawan Eeman RTE iaitu makanan berasaskan ayam yang dimasak dalam 5 jenis masakan , yang mana usaha ini bagi membantu masyarakat diluar sana untuk mendapat pendapatan sampingan yang lebih.

Kelebihan Pollo Mendi
Central Kitchen - semua makanannya dibekalkan dari "central kitchen" ini yang terletak di Puchong. Yang mana telahpun mempunyai sijil halal. Konsep ini adalah bagi memudahkan rakan niaga untuk mendapatkan bahan mentah di luar. Ianya menggunakan teknologi "Blast Freeze" dan "Blast Chill" bagi mengekalkan standard rasa dan kualiti makanan.

Food Truck

Kiosk - yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Tidak Terikat - Pemilik perniagaan boleh memilih untuk tidak terlibat dalam urusan harian. Ianya akan ditadbir oleh pengurusan korporat Pollo Mendi sendiri.

Dato AC Mizal Rakan Kongsi

Kerana atas faktor Dato AC Mizal mempunyai pengaruh kuat dalam pemasaran dan penjenamaan , Pollo Mendi yakin mampu memperkembangnkan lagi pasaran dengan lebih baik.




Menurutnya sendiri , faktor utama beliau bersetuju untuk menjadi rakan kongsi adalah kerana makanannya semua sedap dan halal. Dan faktor keduanya adalah atas tujuan utama pihak Pollo Mendi untuk membantu golongan bumiputera bagi memiliki restoran mewah pada harga mampu milikserta mempunyai sistem operasi yang tersusun.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Pollo Mendi dengan peluang - peluang perniagaan yang diperkenalkan , boleh berhubung Encik Fazli - 019-2718445.

Post a Comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.