Percutian Santai Dengan Pakej Murah Di Pulau Kapas

Tuesday, May 15, 2018


Salam uolls ,

Kalau cuti uolls buat apa saja selalunya?
Adakalanya mesti tak tahu mana nak tuju , bukan?
OK , Ty ada port baru untuk uolls lepak bersantai dan sekiranya nak melayan perasaan sorang - sorang pun boleh sangat - sangat.

JOM KE PULAU KAPAS !
Nak ke sini , dari KL ke Jeti Marang mengambil masa kira - kira 6 jam.
Dan dari Jeti Marang , naik bot selama 15 - 20 minit untuk ke Pulau Kapas.


KENAPA PULAU KAPAS
Sebab sebuah pulau yang tak la berapa besar bagi Ty , tapi seronoknya ada pelbagai jenis aktiviti yang boleh dilakukan. Sangat yang menenangkan dan boleh bersantai. 

AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN KETIKA BERCUTI DI PULAU KAPAS
1. KAYAK
Caj dalam RM20 , hirup udara segar uolls boleh mengayuh canoe sambil menikmati suasana pada hari petang sebelum fajar senja terbenam. Ambil kesempatan ini untuk bergambar sepuasnya , pasti hasilnya cantik. Kenangan kot , uolls.


📷 : Faizal Fredley

2. SNORKELING
Peralatan snorkeling selalunya dan pastinya akan disediakan oleh pihak resort / chalet yang mana dikira bersekaligus dalam pakej. Masa snorkeling ini , bukan sahaja dapat lihat batu karang , ikan , gamat malah brader bot ajar we olls cara untuk panggil jerung di dalam air lagi.

📷 : Ainny Zain

📷 : Aryl

3. HIKING KE BUKIT SINGA
WAJIB! Aktiviti ini rugi kalau uolls tak cuba sedaya upaya untuk jejak juga ke puncak Bukit Singa. Walaupun penuh dengan cabaran untuk mengharungi sepanjang laluan. Apapun berhati - hati , kerana curam bukit ini Ty tak nafikan sedikit men"cuak"kan TAPI permandangan dari puncak memang meletop cun habis uolls.



📷 : Hasif Hamsyari
Gigih shoot berbaju jubah konvo , mampu?

4. BERMAIN BOLA TAMPAR PANTAI
Beriadah kekdahnya. Bila rasa stress tengah bercuti pun ada sahaja malaun menganggu hidup uolls , boleh la tampar bola dari tertampar orang lain kan,atleast berfaedah dapat bersukan.



5. Berpeleseran Di Tepi Pantai
Tak kira seawal subuh ke , pagi ke tengahari , petang menjelang senja ke malam ke , uolls boleh sahaja berjalan kaki menikmati pemandangan sekeliling pulau ini. Uolls nak bermandi-manda juga boleh.

Cantik kan permandangan mata tengok luas lautan terbentang

Dah nak senja oi!

Jauh termenung , Rindu sapa erk?

Rehat santai di buaian

Main buaian

Layan perasaan sambil buai diri sendiri dalam hammock

6. LIVE BAND - VIOLIN
Tiap - tiap malam memang lepas makan dinner mesti lepak layak brader hensem manis and the gang hiburkan weolls. Kenapa leh terpaut sampai habis , sebab bukan selalu dapat tengok orang perform dengan violin. Teruja yakmat oi.


📷 : Fuad

7. BBQ
Layan makan BBQ dengan suasana waktu malam bertemankan angin malam pula pergh memang terangkat oi. Menikmati BBQ sambil layan live band , asyik owh hoi.

Ainny , dia la tukang bakaq tapi tertido dulu

8. ISLAND HOPING


Ada nampak macam kepala singa tak?

Pukulan kuat air laut lalu terukir bentuk hati pada permukaan bukit 

Bisakah ku pahatkan cinta kita di situ?

Menarik kan? Dalam 3 hari sahaj uolls boleh tapau Pulau Kapas ni. Nak ke sini , meh tengok pakej apa yang ditawarkan oleh Kapas Vacay ;


Pakej 3 Hari 2 Malam Pulau Kapas
RM305 / seorang (1 bilik 4 orang)


Pakej termasuk;
1) Bilik penginapan yang luas dan selesa dengan penghawa dingin (2 malam).
2) Bot pergi balik dari Jeti Marang ke Pulau Kapas.
3) Snorkeling di Taman Laut.
4) Keperluan snorkeling.
5) 2 kali sarapan, 2 kali makan tengahari dan 2 kali makan malam.

Tambahan aktiviti (harga untuk seorang);
1) Snorkeling set (one day used) + RM15
2) Hiking Bukit Singa dengan tour guide + RM15
3) Island-Hopping / tour dengan bot selama 45 minit + RM25

MURAH dan BERBALOI , jadi bagi uolls yang ingin merancang percutian boleh la membuat tempahan dengan menghubungi talian - 011-2195 6220 / 017-501 7517 ataupun bagi sebarang maklumat lebih lanjut boleh mendapatkan di ;

Terjun !! Arus ombak kuat tapi demi sekeping gambar sis cuba !
Berendam di Bukit Singa

Nak pesan sikit , 
Keperluan semasa bercuti di Pulau Kapas yang perlu atau mungkin diperlukan ,
- Dry Bag 
- Water Proof Casing (Handphone / GoPro / SJCam)
- Aqua Shoe {nak sea trekking dulu baru boleh mendaki Bukit Singa}
- Sunblock
- Sunglasses 
- Extra stoking

dan yang terakhir ,
nak pergi nanti sila la hello2X , kot iolls leh join buat ramai. EH!

24 comments

  1. nampak cantik view kat sini

    ReplyDelete
  2. cantiknyaaaa view tggu humaira besar skit la,nak jenjalan hehehe

    ReplyDelete
  3. Alaaaaa kenapa kita terbaca entri ni... nyesal tak dapat ikut. Aktiviti dan view dia tu memukau... sobsob..pegi lain nnt la... murah lak rege dia tu kak...

    ReplyDelete
  4. Dulu time belajar, Rawlins akan ke Pulau Kapas sekali setahun sebab praktis diving (subjek wajib pengajian) dan kami akan duduk kat Chalet Makcik Gemuk. Entah ada lagi ke tidak chalet tu sekarang. Tapi Pulau Kapas memang menarik!

    ReplyDelete
  5. Seronoknya ! Airah memang suka sangat bercuti ke pulau dan pantai ni tenang je tapi tak pernah lagi ke pulau kapas tsktsk banyak sangat list pulau nak pergi ni tak sabarrrr

    ReplyDelete
  6. Tk Pernah smp lg pulau kapas.. Seronok menyelam tu. .Tgk keindahan dlm air ngan ikan2 yg comel tu. .tq share tips tu utk yg xpernh pegi kn

    ReplyDelete
  7. This place looks beautiful. I yet to explore and planning to bring my children there next year during school holiday.

    ReplyDelete
  8. Cnatik yer pulau kapas. Huda plan dah nak pergi, tapi masih belum berjaya jejak kan kaki kat pulau kapas lagi walau pun dekat jer ngn rumah mertua. Nak booking dengan kapas.vacay ni la, cam best jer korang pergi

    ReplyDelete
  9. Tak sangka kan, kat Malaysia ni banyak lagi pulau yang jarang orang nak teroka macam Pulau Kapas ni.Memang cantik pulau ni.

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya kat negara kita ni banyak tempat bercuti yg hebat-hebat kan..murah pun murah..akak x pernah sampai lagi kat sini..rasa nak pergi jugak satu hari nanti..mesti best..pandangan pun cantik

    ReplyDelete
  11. Murahlah kalau rm305 seorang utk 3D2N... Bilik pulak boleh share dgn kawan2.. Penah gi pulau tioman & perhentian je.. Pulau kapas belom lg.. Boleh msuk dlm wishlist nnti.. Mmg berpatutan harga dia dan harga aktiviti2 yg disediakan ..

    ReplyDelete
  12. Kita nak pergi pulau Kapas ni lah hujung tahun ni hehehe tengok macam best jer tempat tenang dan juga pantai yang cantik dan banyak ikan hehehehe tengok tempat resort pun best juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujung taon selalunye tutup..sbb tengkujuh...slalu dlm nov hingga feb dorg tutup kecuali yg mmg tggl situ sblm musim tengkujuh...tpi xtvt diterhadkan��

      Delete
  13. I have been considering to go to Pulau Kapas for quite a while now. With these information it will make my planning much easier.

    ReplyDelete
  14. Rindu nak pergi Kapas bila tengok gambar Yanty ni... Rindu dengan nemo, dengan ikan, dengan coral, ishhhh mengimbau betullah entri Yanty... Pulau Kapas memang best Rindu sangat !

    ReplyDelete
  15. Belum pernah lagi sampai pulau kapas ni. Tengok uoll dok postkan tempat-tempat menarik kat sana, terasa nak gi pulak. Nanti bolehlah jadikan entry ni sebagai rujukan bila sis nak ke sana

    ReplyDelete
  16. Pulau Kapas antara wishlist pulau yang Marsha nak pergi. Memang org kata cantik. Bestnya tengok korang snorkeling!! Dah lama x buat aktiviti air ni. Tahun ni boleh mula balik lah after raya...hihi

    ReplyDelete
  17. kebenaranya liez tak pernah smp dkt pulau kapas..tgk cantik sgt tempatnya..tapi belumrezeki.. tp bila tgk yanty post mmg semangat nak simpan duit g pulau kapas la..

    ReplyDelete
  18. Bestnya Ty jomlah ramai-ramai pergi sana & repeat lagi, heheh Tak pernah sampai lagi pulau kapas ni. Suka sangat dengan aktiviti laut dan tengok pemadangan indah laut macam ni.

    ReplyDelete
  19. Beside snorkeling or diving activities that can be do at Pulau Kapas, I think seeing sunset will be nice at there. The water is clear and air is good. never visit pulau kapas yet.

    ReplyDelete
  20. Bestnya Ty !! Tak pernah lagi sampai ke Pulau Kapas. View dia sangat cantik. Air pulak jernih n byk aktiviti rupanya boleh dilakukan. Harga pakej tu murah pulak tu. Okay, dah start kne rancang ke sana nie !

    ReplyDelete
  21. cantiknya pulau kapas..lama tak pergi..erkk rasanya sekali jer pernah pergi..gambar pemandangan cantik giler..dah macam kanvas lukisan dah..btw tempat ni mmg sesuai untuk hilangkan stresskann

    ReplyDelete
  22. Yess!! Pukau Kapas is in one of my wishlist to visit, love the island because its still not so commercialize.

    ReplyDelete
  23. Setiap kali balik ganu mesti plan nak pegi, tapi selalu tak menjadi.uwaaa..bila tengok gambar ty ni, balik skali lagi memang kene g dah ni .

    entry baru : https://www.fizazainy.com/2018/05/mont-cabana-minyak-wangi-eksklusif.html

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.