Pelancaran Tingkah Geruh 2018 Kebangsaan dan Nusantara

Saturday, May 5, 2018


Salam u olls ,

Jumaat lepas Ty berkesempatan berada semasa Majlis Pelancaran Tingkah Geruh 2018 Kebangsaan Dan Nusantara yang telah dirasmikan oleh Y.M.Tengku Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M. Tengku Azman Shah AlHaj bertempat di Dewan Bahasa dan Pustakan , KL.


Untuk makluman , selepas kemeriahan Empayar Akar Kita Zapin hampir 2 tahun yang lalu , Persatuan Tatihseni Malaysia , bersama - sama Persatuan Belia Kota Gagasan dan Noraniza Idris Production Ventures Sdn.Bhd. kini kembali dan tetap komited untuk berjuang bersama bagi memartabatkan seni budaya menerusi Program Pemasyhuran Budaya - Tingkah Geruh 2018 . Sempena Festival Akar Kita Zapin 2018 yang bermula 27 hingga 29 April 2018 baru ini telah ditempatkan di Balai Budaya Tun Syed Nasir , Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.


Buat pertama kalinya , selepas 4 tahun penganjur diberi kepercayaan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menerusi RTM untuk menerbitkan program Tingkah Geruh 2018 sebagai sebuah rancangan realiti berkonsepkan hiburan yang berdurasi 2 episod untuk peringkat Kebangsaan dan 1 episod X 120 minit untuk perngkat Nusantara. Program ini akan menjadi penerbitan siaran tertunda eksklusif RTM.


Dengan penambahbaikan format pertandingan daripada musim yang lalu , Tingkah Geruh 2018 membawakan dua segmen utama iaitu Geruh Bertandak dan Tingkah Geruh yang aka menampilkan 8 buah kumpulan peserta di peringkat Kebangsaan untuk merebut tempat sebagai Juara Tingkah Geruh 2018. Seterusnya pula bakal berentap dengan Ikon Akar Kita Zapin untuk gelaran Ikon Tingkah Geruh 2018. Tempat dua yang terbaik nanti akan menempah tempat untuk bertanding kehebatan masing-masing berzapin dengan wakil dari negara Singapura , Brunei dan Indonesia.


Kumpulan di peringkat Kebangsaan ;
1. Nyala Dance (Kuala Lumpur)
2. Masyhur Zafana (Sekolah Seni Malaysia Johor)
3. Adikarma (Universiti Sains Malaysia)
4. Persadatari (Universiti Malaysia Terengganu)
5. Pertubuhan Kesenian Tradisi , Jalinan Anak Seni Teater , Tari & Sastera Kelantan - Senitra Jastera (Kelantan)
6. Nilakarma (Universiti Sains Malaysia)
7. Auramustika (Universiti Malaysia Terengganu)
8. Majlis Keseniaan Daerah Kluang (Johor).

Dan penampilan khas Sanggar Budaya Sri Pengkalan (Kuala Lumpur) - Ikon Akar Kita Zapin yang mengekalkan Kejuaraan Tingkah Geruh Kebangsaan dan Nusantara bagi tahun 2012 , 2014 dan 2015. 

Kumpulan di peringkat Nusantara ;
1. Era Dance Threatre Ltd (Singapura)
2. Sanggar Latah Tuah (Universiti Islam Negeri Sultan Kassim , Riau , Indonesia)
3. Penggiat Seni Tanahair Brunei (Brunei)
4. Sanggat Tasek Seminai (Siak, Indonesia)


Selebriti Jemputan :
Datuk Seri Shah Rezza
Liza Abdullah

Pengacara :
Fee Haiqal
Fizi

Juri :
Norsheila Amin
Pak Ngah
Khai Bahar

Pengetua :
Seth Hamzah

Festival Akar Kita Zapin 2018 kali ini telah menyusun strategi agar ianya menjadi sebuah platform kemahiran yang berpotensi ke arah menjana ekonomi digital melalui sesi bimbingan latihan Mentor Mentee.

Apapun , harapnya usaha bagi membangunkan budaya dalam kalangan belia ini menjadi iltizam masyarakat penyayang di seluruh Malaysia dan Luar Negara jua untuk mengenali Malaysia lebih dekat ke arah pembentukan belia berbudaya , teguh dengan prinsip cinta , agama , bangsa , bahasa dan negara.

Ketahui lagi lebih lanjut di ;
Facebook : Akar Kita Zapin

1 comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.