Keistimewaan Berbuka Puasa Di Bangi Golf Resort

Wednesday, May 2, 2018


Salam uolls ,

Okay puasa kali ini u olls yang teringin nak makan buffet ala mewah tapi dengan harga murah , jom perkena makanan yang sedap - sedap dekat Bangi Golf Resort yang bermula 19 Mei sehingga 13 Jun 2018.

Keistimewaan Berbuka Puasa Di Bangi Golf Resort

Sejak tahun 2009 lagi , Bangi Golf Resort telah disahkan makanan yang disajikan kepada pengunjung adalah berstatus HALAL yang disahkan oleh JAKIM. Dan pengunjung tak perlu risau selain itu , makanan yang dihidangkan semestinya sedap belaka.

Kambing Bakar

Sup Kambing Mamak

Setiap tahun , sajian eksklusif  menjadi juadah masakan paling popular semestinya menu Kambing Bakar yang dipanggang secara perlahan-lahan di atas api , begitu juga dengan menu Sup Kambing Mamak yang gerenti terangkat habis.

Selain menu utama kegilaan pengunjung , menu lain juga sedap belaka dan wajib dijamah ketika berbuka puasa di BGR kerana masakan ini dimasak scara langsung terus ke pinggang , antaranya :-

Satay Ayam & Daging

Kway Teow & Mee Mamak

Memandangkan kita di Malaysia dengan berbilang kaum , makanan masakan orang Melayu dan Tradisional tidak dilupakan dan semuanya boleh dinikmati ketika berbuka puasa di BGR. Keunikkannya bila masakan yang dihidangkan adalah menggunakan bahan mentah yang di tanam sendiri di "Kebun dalam Bandar" berlokasikan di dalam premis BGR. Chef sendiri akan memetik sayur-sayuran organik untuk dihidangkan kepada tetamu ketika menjamu selera nanti. Alangkah beruntungnya uolls , dapat makan makanan yang sihat dan segar.



Nasi Kerabu , uolls must try sebabnya nasi ini dihidangkan dengan ulam-ulaman yang ditanam sendiri sambil dinikmati dengan keropokikan , ikan masin goreng bersertakan bahan lain. Terserlah kebiruan warna pada nasi ini adalah kerana ianya datang daripada kelopak Bunga Telang.



Laksa Sarawak , antara menu yang ada di BGR. Begitu juga dengan Laksa Singapura. Makanan ala Melayu dan Tradisional ini tidak dilupuskan dan masih mengekalkan keasliannya.


Okay , ini adalah menu kegemaran Ty. Well iolls kan memang tekak omputeh as uolls tahu. Walaupun berbuka puasa , menu ala barat juga ada ye , menu ini dinamakan sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. Selain itu , ada juga Lasagna dan Spaghetti - Penne Carbonara / Bolognese.



Selera tekak nak rasa masakan ala timur pun ada uolls , BGR menyediakan menu Nasi Ayam Hainan yang mana datang bersama ketulan ayam yang telah dimasak dengan empuknya dan isinya sangat jucy.


Tidak ketinggalan juga menu seperti Daging Masak Lada Hitam , Fillet Ikan Goreng dengan Sos Mentega.

Fillet Ikan Goreng dengan Sos Mentega

Wajib untuk uolls singgah stall pencuci mulut sebab semuanya memang sedap dan semestinya rugi andainya tak rasa. 




DURIAN !

Kerlass tak sis , dengan berbaju kurung lagi kasut tumit tinggi masuk kebun makan durian



BGR ada menerima tempahan untuk durian Musang King - RM110/sekotak dan D24 - RM55/sekotak bagi pengunjung yang ingin membeli untuk dan ketika berbuka puasa nanti serta pada musim perayaan Hari Raya nanti juga boleh menempah. Tempahan boleh dibuat di https://www.bgrrest.com/product/durian/ .

Uolls jangan risau , dekat BGR ni adalah banyak parkir lot yang besar -800 lot dan suara pun ada , boleh la menikmati juadah berbuka puasa sambil menunaikan ibadah tak rasa ragu-ragu.

Bila tibanya bulan suci Ramadhan , mesti ramai yang akan menyumbang pelbagai cara kepada yang memerlukan. Begitu juga dengan BGR yang akan menyumbangkan 1% dari keuntungan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk memperkasakan omniti da memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Dan , kalau setiap kali tiba nya puasa , mesti ada isu pembaziran makanan di kaca TV. Tapi di BGR , makanan yang dihidangkan aka disajikan dan memastikan adalah mencukupi , akan ditambah sekiranya telah habis portion menu nya kerana ingin sama-sama mencapai hasrat konsep sifar pembaziran. BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelematkan mana-mana lebihan makanan dari buffet udan diberikan kepada yang memerlukan nanti.


Dengan hampir 200 jenis hidangan mewah dan berkualiti dari BGR , tawaran harga yang ditawarkan adalah serendah RM59 untuk dewasa dan RM29.50 untuk kanak-kanak. Tempahan boleh dibuat dalam atas talian di laman web - https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/ .

Maklumat lebih lanjut ;
Bangi Golf Resort Restaurant
No.1 , Persiaran Bandar ,
Bandar Baru Bangi ,
43650 Selangor , 
Malaysia.
Tempahan & Pertanyaan : 1700 81 8557
Instagram  : @bangigolfresortofficial
Hashtag : #BGRbuffetramadhan18 #bangigolfresort #makansedap

2 comments

  1. wahhhh
    rezeki
    saya pernah pergihotel nih tapi sebab kerja dekat satu event
    lawa
    tak sangka makanan2 pun sedap2

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.