Surprised Birthday Gift 2018

Saturday, February 3, 2018


Salam uolls,

Alhamdulillah , 15 Januari lepas Ty dah pun melangkah lagi setapak ke usia yang berubah angkanya. Walaupun penambahan angka , Ty tetap rasa cam baru semalam habis sekolah. Masih rasa princess mummy daddy yang manja. Sedar tak sedar , makin tua sudah.
Tua bagi orang lain , tapi bukan pada Ty.

Masih rasa muda, jiwa muda mungkin. Gitchew.
Masih rasa mentah dalam semua perkara.
Masih keanak-anakkan.
Masih maintain manja memerap.
Semuanya mungkin masih.

Usia mungkin mematangkan onak duri kehidupan Ty selama ni hingga ke hari ni. Yang sedih lagi pedih , Ty simpan sahaja disebalik yang terpalit. Apa yang Ty tahu, Ty nak bahagia dan happy , umpama tiada masalah.


Kejutan pada hari jadi ialah bila baru sahaja nak merajuk dengan mummy daddy sebab tak wish. Tapi sebenarnya mereka lah orang yang pertama wish cumanya salah tempat posting wishes. Ini lucu. Tambah pula bila ditanya , sampai tak kek? Sabar je la mummy daddy Ty.

TERIMA KASIH SEMUA
atas ucapan dan doa
secara verbal , socmed etc!


Muka polos. Muka bajet suci lepas sudah solat.
Selalunya memang akan tunggu waktu lepas Asar , baru Ty akan balik walaupun waktu kerja Ty hanya sampai jam 4.30 petang.

Dijadikan cerita , kuar sahaja dari bilik surau ada 2 budak perempuan dengan sorang polis bantuan berbual sambil menegakkan sesuatu. Perbualan depa be like this .."kawan dia cakap , dia tak balik lagi sebab kereta dia masih ada di bawah." (kawan mana yang tahu saja Ty park mana erk?)
Tiber , mereka nampak Ty dan sangat happy. Muka selambe tanya kenapa ye?
Terus wish Happy Birthday sambil hulur segala bouquet dengan belon-belon. Dan perkara pertama Ty buat ialah tengok siapa yang bagi dan bila takde tertera nama sesiapa , Ty tak putus-putus tanya pada delivery girl tu. Sedihnya jawapan sangat menghampakan - "Adalah , rahsia."

Sedih betul la sampai saat ni , Ty tak tahu siapa yang kirimkan surprise ni.
Kalau pemberi tu baca entri ni , bagitau la.
Ty bukan marah pun , sampai hari ni Ty masih simpan semuanya sebab tak rasa seronok tak tahu siapa pemberi dia. Walaupun dah layu bunganya , takkan layu apa pun buat Ty tunggu siapa pemberi tu.
Orang mungkin menyangkal ada sesiapa yang admire pada Ty, instinct Ty kuat kata bukan. Nak kata tahu pun entahlah tapi sekadar meneka sahaja mampu.

Sedap giler la brownies ni.


Sambutan lambat sikit , sebab kekangan masa dan kerja. Alhamdulillah berjaya juga la meraikan hari jadi semua geng caruts ni walaupun dah belated. Thank you kengkawan.

Terharu bila +Iena Arryiena request birthday song dari Abang - Abang Taranum Gaji yang viral.
Thank you Encik Rocco & Encik Alfian.

Sekali lagi , Ty ucapkan terima kasih pada semua yang sentiasa mendoakan yang baik - baik untuk Ty dan sayang Ty sehingga saat ini. Terima kasih.


20 comments

  1. Sedapnya kek tu. Bila Ada surprise ini memang hati berbunga-bunga la.

    ReplyDelete
  2. hb birthday tyyy...moga terus sukses dan berjaya selaku dunia akhirat..amin amin

    ReplyDelete
  3. happy belated birthday yanty. kaum hawa sememangnya suka surprise. Berbunga2 je hati haa.

    ReplyDelete
  4. alolo kawan awak mmg sweet.. comelnya die ngn ballon tu.. nak tanya satu je.. camne balik kje bawa semua ballon tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sengaja balik lewat sebab segan Taknak tinggal di opis sebab ada yang jeles tak bertempat.

      Delete
  5. happy birthday Ty.
    aida doakan Ty terus happy dlm kehidupan.
    ceria gembira sihat sejahtera... dikelilingi oleh insan2 tersayang :)
    yes, Ty. brownies tu sgt menggoda. kalau la gambar tu boleh dicapai, aida da amik dah seketul hi hi hi...
    done follow blog Ty ni :) bye.

    ReplyDelete
  6. Happy belated birthday ya. Semoga terus dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan berpanjangan. Sama lah kita, lahir bulan january 😉

    ReplyDelete
  7. Happy belated Birthday Ty! Those brownies looks so good, wish to have a bite! I hope u find the mysterious giver :)

    ReplyDelete
  8. Happy belated birthday TY.. semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik, bertambah rezeki dan ceria selalu.. aamiin... moga dpt tahu siapa pemberi gift tu juga :)

    ReplyDelete
  9. happy belated birthday TY...semoga dilimpahi rezki, mendapat keberkatan hidup dan sentiasa happy selalu... dan smoga nnti dapat tahu siapa beri gift tu, jangan lupa share dalam entry post pas ni kalau tau siapa beri..

    ReplyDelete
  10. Happy belated birthday Ty.. wah, dapat gift tu. bestnya.. tapi betul la, rasa ingin tahu sape yg bagi tu mesti kuat kan. hehe...

    ReplyDelete
  11. Hepi belated besday ty.. seronoknya dapat bunga dan cekelat tu.. teringin laaa nak juga camtu..tapi takpenah dapat lagi..hehe

    ReplyDelete
  12. Best yer dapat suprise bday mcm ty

    ReplyDelete
  13. Bestnya dapat surprise. Next month bday i pulak. Hehe. Btw, happy birthday. Semoga dimudahkan segalanya. Aminn

    ReplyDelete
  14. Happy belated birthday Ty, semoga dipermudahkan segalanya.

    ReplyDelete
  15. Wow! hapy birthday and best nyer semua hadiah you

    ReplyDelete
  16. Happy belated birthday untuk TY... yang cun meletop, moga diberi kesihatan yang baik sentiasa.

    ReplyDelete
  17. geng caruts budak2 baru nak up hahaha mummy lawak nau kek dh smpai ke ty?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawak kan mummy daddy aku.. tak jadi majuk..baru nak bermanja2.

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.