Ketenangan di Tanah Aina Fahad

Tuesday, November 21, 2017


Salam uolls ,

Sabtu dan Ahad lepas Ty ke luar dari kota. Masuk hutan , tapi bukan hutan sebarangan. Sejujurnya memang mencari satu ketenangan bila berada di Tanah Aina Fahad , Raub.

Perjalanan yang bole kira dalam 2 jam lebih dari KL. Exit Bentong , untuk ke sini uolls bole Waze. Sekiranya tak membantu , ringanlah mulut bertanya penduduk setempat. Insha-Allah jumpa punya la.


Apa yang menarik di Tanah Aina ?
Ketenangan. Bagi Ty itu yang dirasai selama 2H1M di sini. Ty dapat rehatkan kepala otak yang serabut dengan kerja ka masalah ka. Terasa lupa sungguh sat. 

Tak tenang lagi ke kalau camni?

Sambil tenangkan minda , fikiran sebagainya. Kat sini , Ty betul-betul berehat. Badan yang selepas lebih 8jam seharian dok merah tenaga , automatik dapat santai berehat secukupnya bila di sini.

Aktiviti yang disediakan di Tanah Aina Fahad.
Memandangkan lebih berkonsepkan "back to nature" , Ty hanya ikuti aktiviti "jungle trekking" yang boleh kata mencabar juga bila nya sudah lama Ty pun on and off tak bersukan , walaupun tak cukup fit Ty berjaya harungi perjalanan yang makan masa hampir 2 jam. 


Lagi mencabar bila perlu merentasi laluan-laluan yang dipenuhi dengan pacat. Sebelum bermula , Ty dah sapukan Magic Lotion Cosmoderm untuk mencegah tapi kerana dah masuk juga dalam air mungkin tertanggal lotionnya. 


Nak jadi kan cerita , hampir belasan bekas gigitan cinta yang ditinggalkan untuk diabadikan buat kenangan Ty.


Waktu petang , boleh mandi sungai. Air memang best gila sejuk. Kalau tak mandi di sungai , boleh juga mandi dalam swimming pool yang ada dengan sumber dari air sungai.


Malam pula , sambil layan camp fire boleh la buat aktiviti santai. Selalunya orang akan buat sharing session. Tapi Ty dan kengkawan main game. Terisi la waktu.


Selain dari aktiviti ini , ada juga permainan paintball , ping-pong , karem , saidina , scrabble , congkak , chess etc.

Bagaimana pula dengan makanan?

Perfecto! Hidangan buffet yang disajikan dari santapan makan pagi , tengahari hinggalah makan malam semua ya sedap. Sangat berpuas hati dan mengenyangkan. Lihat sendiri , perut gembira saja bila dapat jamu pula serawa durian hingga ke barbeku.


Tempat makan dia memang santai dan luas sangat. Sangatlah selesa sambil makan nikmati suasana dalam hutan dengan bunyi air terjun.

RELAX GILER !


Jeles tak?

Pakej Khemah & Bilik Yang Ada Di Tanah Aina Farah.
King Tent
Ada 3 bilik yang boleh memuatkan minima 2 orang hingga maksima 9 orang. Juga boleh menambahkan katil.


Sesuai untuk yang nak honeymoon sebab sangatlah privasi dan berhampiran dengan air sungai. Pakej adalah bersekali dengan 4 buffet. 

Queen Tent


Khemah bersaiz Queen ni disediakan sebanyak 6 buah yang mana boleh memuatkan 2 hingga 3 orang.

Single Tent
Walaupun single bunyi nya tapi boleh memuatkan 4 hingga 5 orang dengan single bed gitu. Selesa sangat.


Ty dengan geng tido semalam dalam ni la. Selesa teramat , tanpa gangguan nyamuk pun.


Untuk semua kategori khemah , tandas ada disediakan di luar. hampir 26 buah tandas yang sangat luas seperti mandi di rumah sendiri. Di dalam khemah juga dilengkapi dengan sejadah , extension plug , cermin , lampu , lampu kecik & meja. Juga disediakan tuala. Depan setiap pintu tandas / bilik air disediakan kasut trompah.

Terrace Room - Durian
Kat sini bukan saja ada khemah ala camping tapi ada jua ala dorm. Kira bilik yang dilengkapi bersekali dengan bilik air. Luas sangat , boleh muatkan sehingga 6 orang pada satu masa.


Terrace Room - Ciku / Ambra / Belimbing
Katil bersaiz king yang boleh muat untuk 2 orang , maksima 3 orang yang mana juga boleh tambah tilam. Penginapan 2H1M.


Untuk makluman mengenai harga bagi pakej - pakej yang disediakan samada untuk khemah ataupun bilik , boleh rujuk di laman web - Tanah Aina. [klik]

Sangat recommended untuk uolls yang nak datang berehat mahupun merancang untuk buat team-building , private event dsb. Kebersihan sangat terjamin , tip - top!


Sebuah percutian ringkas yang Ty takkan lupakan.

14 comments

  1. Bestnya...
    Boleh😴😴😴😴 dgn aman.. 😂

    ReplyDelete
  2. Belasan gigitan cinta???? Aiyorkkk... kalau 1 2 ok lg.. kalau byk a.lan pun geli... hahhaa

    ReplyDelete
  3. Menarik...suka aktiviti macam ni..best..back to nature

    ReplyDelete
  4. My dream home betul lah environment tanah aina fahad ni. Teringin nak duduk rumah yang buka pintu je ada air sungai jernih mengalir.

    ReplyDelete
  5. wahw bestnya bersatu dengan alam. mmg yg pi ritu semua kena gigit pacat ke :o

    ReplyDelete
  6. Dah pernah sampai Tanah Aina Farrah Soraya. Yang Fahad ni belum pernah sampai. Cantik juga khemah dia ada katil. Siap makan cukup dan sedap ya.

    Thanks for sharing. Kena cuba pergi sekali ni.

    ReplyDelete
  7. Syoknya, tenang dan damai je. Tapi bab pacat tu tak sanggup ai, geliiii!!

    ReplyDelete
  8. percutian singkat tapi sumpah seronok. hahaha

    ReplyDelete
  9. Yg suka layan nature nature mcm ni sure seronok kan Ty.... hakak mcmngeri pulak bila Ty cite pacat tu. Takut ah...
    Boleh le pergi tp tido je. Mandi mandi tak mo

    ReplyDelete
  10. bestnya tempat dia..tapi geli yang pacat tu..hehee

    ReplyDelete
  11. Boleh jd tempat persembunyian ni ni heheheh

    ReplyDelete
  12. kena gigit pacat yang tak tahan tu, hahahha. tp bilik dia lawak jugak kan.

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.