FitMalaysia - Larian Hari Sukan Negara 2017

Tuesday, October 17, 2017



Salam u olls , 

Sabtu - 14 Oktober 2017 yang lepas ni Ty dengan kengkawan join Larian Fit Malaysia sempena Hari Sukan Negara di Bukit Jalil

Acara pada sepanjang  hari tersebut adalah gabungan daripada pihak Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Rainbow Jersey Events akan menganjurkan FitMalaysia bersempena sambutan Hari Sukan Negara 2017. ­Peserta yang menghabiskan kayuhan atau larian akan menerima snek makanan, medal, e-sijil dan kupon cabutan bertuah selepas acara berlangsung.


Ty dapat maklumat tentang larian ni pun dari Kak +rubydotmy , tapi memandangkan terlalu ramai manusia yang rasanya lebih dari 10 ribu rakyat Malaysia yang turut hadir pada hari tersebut makanya tak terlihat langsung kelibat Kak Ruby. Thank you , Kak Ruby for the info, next time ada apa -apa run bagitau lagi ya.

Larian kali ni adalah percuma. Dan mungkin sebab nak bagi rakyat Malaysia bangkit bersama untuk kekal sihat gitu.

Alhamdulillah kengkawan opis yang mana baru sahaja balik dari program / kerja luar pejabat pun sempat turun pagi tu meredah rintangan berbukit sepanjang larian. Walaupun hanya 5km saja tapi rasa cam pergi trekking bukit ke gunung dah. Semuanya sebab sudah lama tinggalkan track dan aktiviti sukan. Tak berapa fit kekdahnya.


Rintangan onak duri berliku segalanya diatasi dengan jayanya. Alhamdulilah dapat suntik semangat buat pertama kali pada kengkawan. Lagi seronok bila diaorang dah berjaya hingga ke garisan penamat tambahpula dapat menerima pingat. Terserlah rasa bahagia dengan terukirnya senyuman pada wajah mereka. Walaupun ini hanyalah sekadar fun run.


Ternyata berat badan makin naik , tambahpula dah tak selalu berjogging dan lakukan senaman kerana kekangan masa dan juga cuaca agak tidak menentu. Seriously , I need to workout more. Jom kengkawan yang lain join Ty masuk next run pula.

Nak join run lagi leh cekidot : Rainbow Jersey Events / lain-lain web lagi.

6 comments

  1. Seronoknya dapat join larian camni, nanti lepas habis pantang akak nak join jugaklah. Boleh kita join sama², hehehee!

    ReplyDelete
  2. Salam singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/hectic.html

    ReplyDelete
  3. wah meriahnya. korang dok berlari kami dok pelahap makan. hahaha

    ReplyDelete
  4. Hari Sukan ni kami meraikan adik yang konvo Master di UiTM

    ReplyDelete
  5. Semangat kesukanan yg tggi ni.. Lama dah tak lari2 gini.. bestnya kalau dapat join.

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.