Pelancaran "Smart Home" Daripada Rencana Royale

Tuesday, August 15, 2017 Lot 3085,, Jalan Datuk Sulaiman, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia


Salam  u olls , 

8hb Ogos 2017 baru ni , Rencana Royale telah melancarkan majlis perasmian "Smart Home" yang terdiri daripada pelbagai jenis konsep dengan harga berpatutan yang bermula dari RM282,000.00 hingga RM3,99,000.00.





Majlis pelancaran Rencana Royale "Smart Home" ini telah dirasmikan oleh Y. BHG. Dato' Razali Bin Haji Ibrahim , Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri .





Rencana Royale ialah sebuat projek yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sekitar Kampung Sungai Pencala. Projek Rencana Royale ini dibina di atas tanah Melayu dan jualan hanya di jual kepada pembeli berbangsa Melayu sahaja.

Rencana Royale ini juga adalah satu projek bagi pembangunan untuk jangka masa lama. Pembangunannya juga merangkumi hampir 2 ekar tanak komersial dengan jumlah sebanyak 622 unit  di mana ditempatkan dalam 2 blok. Memandangkan projek ini dilaksanakan di kawsan berlokasi pusat , Rencana Royale percaya ia kan menjadi pelaburan yang sangat baik untuk pasaran Melayu.





Unit-unit di Rencana Royale ini adalah bersaiz di antara 472' kotak persegi hingga 5,780' kotak persegi. Di mana bagi beberapa unit yang lebih besar adalah dikenali sebagai "duplex".

Antara jenis - jenis unit yang dilaksanakan ;

Studio Duplex

Deluxe Unit

Executive Suite

Pembinaan ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan eksklusif , termasuklah infinity swimming pool , ginmasium , taman permainan , bilik permainan dan pocket park yang terletak di puncak bangunan yang pastinya akan menjadi tempat penghuni untuk bersantai.


Okay , ini adalah suasana di seluruh rumah Studio Suits yang sememangnya sangat sesuai buat mereka yang inginkan sedikit privacy dan tidak berkeluarga. Katil boleh saja di lipat dan keadaan ini boleh mejimatkan ruang dalam kawasan suit ini.



Penat kerja ni , rasa nak baring je tidur dekat katil empuk ni.



Lokasi Rencana Royale ini terletak di sebuah pusat yang sangat ideal ,  di mana adalah lebih hampir dengan tempat - tempat tumpuan seperti Mid Valley Megamall dan Tropicana City Mall yang hanya mengambil masa kira-kira 11 minit sahaja. Begitu juga dengan pusat membeli belah One Utama dan Kolej Bandar Utama (KBU)  yang jarak hanya dalam masa 5 hingga 10 minit.


Untuk pengetahuan secara umum , Rencana Royale telah menerima pengangerahan "European Quality Award".

Buat u olls yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut atau nak lihat lebih dekat lagi Smart Home ini , bolehlah berhubung dengan ; Tom Tong - +60176236280 .
Facebook : Rencana Royale  (klik)
Instagram @rencanaroyale_ttdi (klik)

3 comments

  1. memang menarik lokasi dia, tapi harga terendah tu mesti bukan yang ada banyak bilik tu kan?

    ReplyDelete
  2. Cohesive gel implants have traded the saline response implants, now is considered the most often utilized implant in Korea https://www.engbanobagi.com. If destroying happens following surgical treatment, its substantial cohesiveness stops in-system dispersal. It is Food and medicine management and KFDA licensed, as well as its particular several advantages,

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.