Hong Kong Milk Tea Serendah RM2 Hanya Di Dairy Tooth

Monday, August 21, 2017 Sunway Pyramid, 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia


Salam u olls , 

Nak kongsi sikit ni. Sebab baru ni ke Sunway Piramid terjumpa stall Dairy Tooth yang tengah ada promosi. Kalau nak rasa jajan ala - ala rasa dari negara Hong Kong , boleh la singgah kat sini.


Memang craving sangat - sangat nak makan dan rasa Egg Puff. Tercapai hasrat bila dapat merasa 3 perisa ; DT Original HK Egg Puffs (RM6.90) , Chocolate Egg Puffs (RM6.90) & Cheese Egg Puffs (RM8.90). Memang antara yang mendapat sambutan sebab berasa semua perisa ini. Sedap tak terhingga gitu.


Boleh juga u olls rasa pelbagai jenis minuman sambil makan di sini , mahupun nak basahkan tekak lepas sakan membeli belah. Antara yang Ty dapat rasa ialah Ribena Lemon Juice (RM7.90) , Mango Passion Fruit Juice (RM6.90) , DT Signature HK Milk Tea (RM7.90) & Cold Brew Peah Tea (6.90). Paling Ty suka yang mango.


Tapi ini DT Signature HK Milk Tea pun sedap, arghhh semua berasa kan. Dan paling gempaknya bila Dairy Tooth mempromosikan dengan hanya RM2 sahaja dah boleh dapatkan minuman yang patut pengunjung untuk beli dan rasa. Bila lagi kan nak rasa minuman yang sedap dari Hong Kong kan?

Jangan tunggu lama-lama u olls , promosi RM2 - DT Signature HK Milk Tea ini bermula dari 14 Ogos 2017 sehingga 27 Ogos 2017 ni saja. Jimat dah hampir RM5 dah u olls.



Banyak lagi menu jajan - minuman di sini. Selain Egg Puffs , Ty makan Chocolate French Toast (RM8.90) & DT Signature Polo Bun. Polo Bun ni disaji panas-panas dengan sekeping potongan butter yang akan melting bila dikepit antara bun tersebut. 


Rupanya u olls , Dairy Tooth sudahpun ada 3 outlet. Selain cawangan di Sunway Piramid , ada juga di Berjaya Times Square , KL & Jaya One , Petaling Jaya. Konsep stall ini adalah berasal daripada negara Hong Kong sejak tahun 2015 lagi.

Untuk yang teringin nak merasa juga apatahlagi dapatkan DT Signature HK Milk Tea dengan hanya RM3  juga ingin dapatkan maklumat ldan promosi akan datang , boleh ikuti :
Facebook : Dairy Tooth Malaysia
Instagram : @dairytooth.malaysia

Don't miss to grab your RM2 for Milk Tea , guys!!


8 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.