Milo Breakfast Day 2017 Putrajaya

Sunday, May 14, 2017



Salam u olls , 

Hari ni Ty join Milo Breakfast Day 2017 Putrajaya. Misi tahun ni nak kumpul medal dan baju run je sebenarnya. Waakakakaka , terjujur pula.

Seperti yang u olls tengok kat banner tu , slot larian : PENUH . Iye guys , memang sekejap aje masa launch untuk registration. Mujur Abang +Daus Redscarz sempat isi dan daftarkan. Thank you brader belanja. Apatahlagi ambilkan baju & bib juga siap pakej hantar ke rumah.


Okay , kisahnya malam tadi 3 geng blogger semua maklumkan tak dapat join . Maka cari pengganti cuma member opis sorang ni saja yang turn-up this morning. Yang len , krik3. Nampak sangat Subuh tu ke laut.


Sesak betul dari atas jalan sekitar Putrajaya Floria. Rupa - rupanya hampir 20k peserta yang join #MBD2017 ni. Nak jumpa si member ni pun payah. Run dah mula berlepas baru jumpa sebab sesak gila. Pass "bib" , dia pakai sambil jalan. Ye , kiterorang pada mula mampu jalan sebab tak de ruang untuk lari pun. Lagipun it's fun run so nothing to chase for. Dapat lari lepas nak hampir 500 meter dari garisan mula.

And , lovin' the sweat babeh.


Okay , ini perangai memang nakal giler. Sanggup beratur berulang kali semata - mata nak refill air milo dalam botol. Ingatkan kiterorang saje yang notty , ada lagi teruk botol besar gedabak. Kahkahkah. Teringat minum Milo zaman sekolah dulu - dulu. Nostalgia sangat. Member ni sama masuk air.


Medal berbentuk lori ni memang cool.  Teratur cara penyampai medal sehinggalah ke sarapan pagi yang berkhasiat dan mengenyangkan. 

Next year kena berebut daftar lagi. Berbaloi dan puas hati. Jualan produk Nestle pun ada. Banyak aktiviti juga. Yang bawa anak-anak memang best sangat la.

Lepas berlari , kita kena masuk opis. 

5 comments

  1. Bestnyaaaa.... tahniah dapat kumpul medal.. next time tggu run lain plak..

    ReplyDelete
  2. Seronoknya, kalau tak pregnant memang akak join jugak! Medal dia memang cool.

    ReplyDelete
  3. Cantiknya medal tu..
    Aktiviti yang menyeronokkan nie..

    ReplyDelete
  4. akak nak register ni ritu.. tp dh full.. makanya, next year je la.. hihiihih

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.