Salam u olls,
Sabtu minggu lepas Ty dan rakan social media berkesempatan untuk bersama - sama merasa pelbagai menu masakan Thai di Cafaeyen Cafe, IOI City Mall Putrajaya. Dan lebih menyelerakan dan meriah suasana makan tengahari kami dengan kehadiran artis Malaysia , Aeril Zafrel. Sambil menikmati masakan yang terdapat di cafe ini , sempat juga kami berbual dan menemu ramah santai bersama beliau.
Kalau ke mana - mana yang berkaitan dengan Thai , antara minuman yang wajib untuk dirasa atau lebih padu ayatnya ialah "pekena" Thai Tea yang sangat superb kaw terangkat. Pada hari Sabtu lepas, pengunjung / pelanggan di Cafaeyen Cafe sangat bertuah kerana dapat menikmati Thai Tea yang disediakan sendiri oleh Aeril Zafrel.
Antara menu masakan ala Thai yang dapat kami jamu selera bersama artis pujaan ramai ini adalah seperti gambarajah di bawah ;
Sedap sangat dengan kacang yang ranggup setiap kali mengunyah.
Isi ayam yang lembut dan mudah untuk dikunyah.
Kombinasi seafood dalam masakan ini memang sedap habis.
Aeril Zafril in the house!
Bagi yang nak makan nasi tanpa lauk pauk pun boleh cuba menu seperti ini.
Selain makanan yang mesti u olls cuba di sini , ada juga pelbagai pencuci mulut ataupun makan ringan yang boleh dicuba. Tapi tidaklah semua kami dapat makan sekaligus , In sha Allah next visit nanti mungkin boleh Ty kongsikan lagi.
Setelah air Coke / Sprite dicampurkan bersama buah-buahan ini rasnya seakan sparkling water yang berperisa. Cooling sangat.
Berkali -kali masing-masing kami semua cuba merasa , sebabnya sedap sangat. Sila la cuba!
Okayh , ini Ty boleh makan sorang habis. Licin!
Tak dapat nak dikata camna keenakkan rasa masakan di Cafaeyen Cafe ni , yang pasti buat yang rindu ataupun teringin akan masakan Thai wajib sangatlah datang ke sini dan cuba sendiri. In sha Allah , sedap.
Cafe ni pun cozy dan hipster la juga. Nak lepak santai sesuai sangat. Maklumat lanjut tentang Cafaeyen Cafe ;
Alamat : LG-36, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Malaysia
Tel : +6012 2900 449
Waktu operasi : 10AM–10PM
Facebook : https://www.facebook.com/cafaeyenmalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/cafaeyen_malaysia/
ty mana gambar airel zafril..:)
ReplyDeletesemua makanan yg mengiurkan... yumyum...
ReplyDeletesedapnya nampakkkkk , lapar tetiba
ReplyDeleteteh ais sedapppp teringat2
ReplyDeletewowwww dating ngan pakwe ensem,belanja la titew hehehhe
ReplyDeletedating dengan shah rukh khan malaysia
ReplyDelete