Review Telefon Pintar GT Mobile : Model GT888

Saturday, February 4, 2017


Salam u olls ,


Sebelum ni Ty ada kongsikan mengenai Majlis Pelancaran Aplikasi GT Dollar di Malaysia. Bersekali dengan pelancaran tu, pihak GT Group juga telah melancarkan beberapa produk. Ya, GT Mobile Model GT888 antara produknya.

Alhamdulillah, Ty sendiri berkesempatan untuk menggunakannya sendiri hampir beberapa minggu ini. Memang teruja bila pertama kali tengok dari segi reka bentuknya.


Ada yang menyangkalkan Ty menggunakan telefon pintar berjenama kerana ianya seakan beberapa jenis telefon ointar yang bertaraf tinggi. GT Mobile GT888 ini diperbuat oleh bingkai logam yang menampakkan ia lebih berkualiti dan pastinya ia juga ringan.

GT Mobile GT888 ini telahpun berada di pasaran di Singapura dan kini telah memasuki pasaran Malaysia. Harga GT Mobile GT888 dalam lingkungan SGD400.



Antara butiran speksifikasi mengenai GT Mobile GT888 :
-Saiz Skrin 5.5 inci (Full HD 1280X720 pixels)
[Skrin jenis IPS OGS (nipis) & Corning ® Gorilla ® (tahan lasak)
-Cip pemprosesan Media MT6735P dengan kelajuan 1.00 GHz
-RAM 2GB
-Memory storage 16GB
-Extra Memory Card 64GB
-Kamera 8MP - 13MP (fokus gambar selaju 0.3 saat dengan lensa OV8865)
-Kamera Swasto 5MB (beauty mode & flash)
-Caj Pantas
-Bateri : 2550μAh
-WiFi
-Bluetooth
-HotKnot
-Dual SimCard

Gambar diambil pada mode biasa di waktu siang

Gambar diambil pada waktu malam

Pengalaman Ty gunakan beberapa minggu ini, Ty selesa menggunakannya. Bateri pun boleh tahan seharian. Gambar pun boleh tahan kualitinya. 


Mungkin bagi yang berminat tahu lebih lanjut mengenai GT Mobile GT888 boleh dapatkan di laman web : http://www.gtmobile.sg/

7 comments

  1. Bagaimana dgn kelancaran OS smartphone ni? Lagging? Kadar ketahanan bateri? Kualiti panggilan telefon? Internet? Wifi?

    Apakah telefon android semasa yg mendekati model ini?

    Maaf bertanya sebab pertama kali nampak model ini.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Ini adalah telefon yang terbaik.

    saya sukakannya !!

    ReplyDelete
  3. Haritu ada cuba pegang phone ni. Not bad. Harga mampu milik and gambar pun just nice.
    Good review! :)

    ReplyDelete
  4. Bolehhhh try utk guna for second phone nnii!

    ReplyDelete
  5. Berkenan juga tengok phone GT Mobile ni

    ReplyDelete
  6. Bateri tahan & skrin puas hati layan youtube & game...

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.