Dinobatkan sebagai Olahragawati

Sunday, February 26, 2017



Entri personal.

Salam u olls.
Alhamdulillah , sudah pun seminggu berlalu.  Ahad lepas pejabat adakan Hari Keluarga di Taman Tasik Cyberjaya. Dan sejujurnya liat nak bangun pagi - pagi tambahan pula nak turut serta acara program. Tapi panggilan morning wake up dan mesej dari geng opis memang buatkan terbantut nak tido saja dari tidak hadirkan diri.


Game dewasa memang cam gampang. Layan kan ja , yang pasti enjoy. Walhal sampai jari terbelah luka gara - gara game batu bata nya patah. Redha.


"Lucky Draw" , time to time Emcee selitkan sesi ni. As usual , selalu nya tak pernah pun bertuah dalam seumur hidup walaupun hadiah cikai - cikai. Sampaikan no.cabutan bertuah pun tak tahu letak mana. Tapi rezeki pagi Ahad , sebut ja no.83 terus blank sesaat and it's my number. Tapi dh xtaw mana nombor nya. Selamat dapat juga hadiah , dah dapat hadiahnya baru jumpa nombor. Hahaha bingai nama nya.

Moment paling speechless and rasa bapak giler malu nya bila dinobatkan sebagai Olahragawati. Dengan hingaq sorakkan rasa cam tebalnya kulit muka nak amik hadiah. Habis control selamba baq hang. Rezeki lagi. Alhamdulillah.

Tahun ni dah boleh gantung kasut dan berehat la gayanya. Nak terus kan bersukan pun slow-slow ja la alang-alang dilantik pula AJK Sukan Puspanita. Bab ni paling punnah , Kelab Puspanita tak pernah aktif tak memasal kena aktif, selamat baju kurung Puspanita mummy hado. Jimat!


Apapun , segendut - gendut dan acah - acah aktif sukan itu ini pun dinobatkan anugerah Olahragawati. Mana yang power dalam sesuatu sukan tu leh la caras dengan gaya hidup yang sihat pula ye. Eh!

Majulah sukan untuk kesihatan diri sendiri. LMAO

2 comments

  1. Apa khabar Ty.... sihat ke? Lama tak singgah sini. Wah tahniah ye. Mesti semua acara game Ty juara ni kan.

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.