Eksplorasi Kepulauan Mersing dengan Oh Jalan

Friday, August 5, 2016


Salam u olls ,

Kalau sebut pulau di Pulau Rawa mesti ramai yang teringin nak pergi. Tambahanpula bila viral dengan betapa cantik dan menarik pulau tu , bukan? Begitu juga satu masa ada hebah tentang Pulau Harimau yang mana dikhabarkan tidak lagi dibenarkan orang awam datang. 

Entri kali ni Ty nak kongsi pengalaman Eksplorasi Kepulauan Mersing yang membawa kami rakan media sosial ke sana bersama pihak penganjur Oh Jalan . Hampir 6 pulau yang telah diekplorasi dalam sehari.

Ekplorasi bermula pada hampir jam 12tengah malam dari TBS dengan menaiki perkhidmatan kereta sewa - Hyundai Starex yang di taja oleh KLEZCAR.

KLEZCAR ; menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk sekitar kawasan Kuala Lumpur (KL) dan seluruh Malaysia pada kadar sewaan yang berbaloi mengikut pilihan jenis kereta.

Perjalanan selama hampir 4-5jam dan kami singgah solat Subuh di Masjid Jamek Bandar Mersing dan sarapan pagi sebelum ke jeti dan memulakan ekplorasi di pulau - pulau yang ada di Mersing.

Jeti Penumpang Mersing : Gerak dulu , pape roger. Eh! Ekplorasi pun bermula.

Ty dan rakan sosial media / blogger di bawa ke tiga (3) pulau "private" terlebih dahulu yang mana pulau ini tidak dibukakan / dibenarkan untuk orang awam singgah dan melakukan sebarang aktivti air dsb.
Antaranya :

Pulau Harimau - Tompokan seperti lumut atau bukit lalang dan gua paras laut pada pulau ini yang menjadikan ia satu pulau yang unik dan cantik. (hanya bergambar dari atas bot)

Pulau Mensirip - Mempunyai gua dan pulau yang berbatu. (hanya bergambar dari atas bot)

Pulau Gual - Terdapat pintu gua di hadapan yang menembusi di belakang. Di dalam gua ini terdapat pasir putih yang sangat cantik. (hanya bergambar dari atas bot)

Cantik sangat ketiga - tiga pulau ni. Sayangnya kami hanya mampu singgah dan melihat kecantikkan dan bergambar di atas bot saja.

Tapi kami tidak kuciwa , sebabnya kami dibawa ke tiga (3) pulau yang boleh singgah dan melakukan aktiviti air. Eksaited masing-masing. Ok jom ekplorasi dan get tanned together!

Pulau Hujung adalah pulau pertama kami mendarat dan singgah untuk aktiviti snorkeling. Dan pulai yang paling lama kami singgah kerana permandangannya sangatlah teramat cantik tambahpula dengan kecantikan coral dan kejernihan airnya. Terdapat juga pantai terbiar di Pulau Hujung yang boleh dijadikan tempat bersantai selepas penat ber'snorkeling'. Walaupun terbiar namun kejernihan, kehalusan pasir pantai dan keindahannya terpelihara. Terdapat beberapa rumah kayu usang yang telah lama ditinggalkan dan dijadikan sebagai pitstop pengunjung apabila ke sini.







Its Maldives Malaysia gitu. Berposing maut masing-masing, cantik sangat bukan? Dan kami dibekalkan makanan tengahari , lepas mandi dah penat , isi la perut dulu sebelum ke pulau seterusnya.

Pulau Tengah antara pulau nya ada batu - batu. Di sini tidak mempunyai pasir yang halus seperti Pulau Hujung, sebaliknya hanya berbatu-batu halus dan tajam.  Boleh berjalan merentasi maksudnya. Bagi yang juga minat aktiviti lasak , boleh hiking ke atas puncak pulau ini. Juga sesuai untuk dijadikan tempat untuk snorkeling. Selepas ber’snorkeling’, singgah di salah satu pantai terbiar di Pulau Tengah. Namun bentuk geografinya yang unik menjadi satu tarikan kepada 'photo traveller'.






Kalau buat photoshoot memang cun melecun  habis. Cantik sangat pulau ni. Dah tak kisah dek sinar terik matahari. We get high with the view and scenary.

Pulau terakhir kami singgah ialah Pulau Besar. Di sini ada beberapa buah chalet untuk pelancong menginap. Dan terdapat juga sebuah perkampungan yang mana juga bole membuat lawatan di sekitar kawasan perkampungan ni. Sebuah pulau yang tempat snorkeling yang paling best dan menarik. Persekitaran Pulau Besar lebih terjaga dan lebih menarik kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pemilik-pemilik resort di sini




Memamg patut - harus - sunat dan wajib sesangatlah u olls jot down dalam wishlist untuk ke sini. Rugi sangat , Malaysia ada lagi tempat cantik-cantik kenapa tak explore habis-habisan.


PAKEJ EKSPLORASI KEPULAUAN MERSING OLEH OH JALAN:
Pulau Harimau, Mensirip, Gual, Hujung, Tengah, & Besar.

Moh sertai kami pada tarikh-tarikh eksklusif berjadual di bawah, khas oleh Oh Jalan; (saguhati istimewa menanti anda pada tarikh-tarikh ini).
6 Aug, 27 Aug, 3 Sept, 24 Sept, 8 Oct, 22 Oct, 5 Nov & 26 Nov.

ATAU

Tarikh pilihan anda sendiri jika 'group' anda bersaiz antara 8-11 orang.

Tempah percutian anda sekarang hingga 5 Ogos 2016 untuk Harga Promosi Istimewa!!

Pakej A [Day Trip]
RM188 RM168 / dewasa
RM138 RM118 / kanak-kanak (3-12 tahun)

Pakej termasuk:
- Travel coordinator dari Oh Jalan
- 1 hari trip 'island-hopping' ke 7 buah pulau Kepulauan Mersing (Bersiar ke Harimau, Gual & Mensirip dan snorkeling di Hujung, Tengah & Besar)
- Bot 'chartered' khas 
- 1 sarapan pagi
- 1 makan tengahari
- Set snorkeling

Pakej B [2H1M]
RM248 RM228 / dewasa
RM178 RM158 / kanak-kanak (3-12 tahun)

Pakej termasuk:
- Travel coordinator dari Oh Jalan
- 1 hari trip 'island-hopping' ke 7 buah pulau Kepulauan Mersing (Bersiar ke Harimau, Gual & Mensirip dan snorkeling di Hujung, Tengah & Besar)
- Bot 'chartered' khas 
- 1 sarapan pagi
- 1 makan tengahari
- Set snorkeling
- 1 malam penginapan di hotel sekitar Mersing

MAKLUMAT LANJUT, HUBUNGI:
Team Oh Jalan
Tel: 016-772 4594

Terima kasih Oh Jalan!

PENAJA-PENAJA PROGRAM EKSPLORASI KEPULAUAN MERSING:
1. Penaja pengangkutan (Hyundai Starex) - KLEZCAR (HQ).
KLEZCAR serupakan syarikat sewa kereta yang mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Harga sewaan yang ditawarkan adalah dengan harga yang murah dan berbaloi dengan wang ringgit, terutama untuk sewaan kereta sekitar Kuala Lumpur. Jika anda seorang yang rigid dengan bajet, maka pilihan KLEZCAR bolehlah menjadi satu keutamaan bagi anda. Ada pilihan pelbagai, dari sekecil Viva sehinggalah ke kereta mewah seperti Vellfire.


KLEZCAR MALAYSIA (HQ)
Suites A-9-1, Northpoint Office, Tower­ A,
Mid Valley City, Medan Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 1-300-88-4040

2. Penaja penginapan - Hotel Bluewater, Mersing.
Hotel Bluewater, Mersing merupakan antara hotel yang menawarkan harga sewaan mampu milik. Rekaan dalamannya yang moden namun simple sangat sesuai untuk mereka yang mencari hotel bajet namun selesa untuk dijadikan sebagai tempat penginapan sementara apabila berkunjung ke Mersing. Terdapat pelbagai jenis bilik untuk dipilih antaranya; bilik berdua, bertiga dan berempat. Kedudukan hotel ini yang berada di pusat bandar Mersing menjadikan ia hotel pilihan ramai kerana terdapat pelbagai kemudahan yang berhampiran dengan hotel, antaranya; kedai makan, bank, kedai runcit, kedai dobi dan lain-lain lagi.


HOTEL BLUEWATER, MERSING
38, Tingkat 1 & 2, Jalan Jeti,
Bandar Tepian Sungai,
86800 Mersing, Johor.
Tel: 07-799 5535

3. Penaja makanan - Restoran Tepian Bendang, Air Papan.
Restoran Tepian Bendang terletak di tepi jalan utama menuju ke Air Papan. Dibuka dari pukul11 pagi sehingga 11 malam. Antara menu yang istimewa di sini adalah Asam Pedas & Kari Kepala Ikan (makan tengahari) dan Mee Bandung (makan malam). Rasanya tidak lengkap sekiranya ke sini tetapi tidak mencuba menu istimewa mereka. Lokasinya yang dikelilingi sawah padi menjadikan ia satu tarikan pengunjung yang gemarkan suasana santai dan damai. Harga yang murah dan berbaloi juga menjadikan restoran ini menerima pengunjung yang tidak putus setiap hari.


RESTORAN TEPIAN BENDANG, AIR PAPAN
Jalan Kampung Air Papan,
86800 Mersing, Johor.
Tel: 019-773 6655 / 019-729 0001
Waktu operasi: 11 pagi - 11 malam

4. Penaja pakaian - Print D Tee Studio
Print D Tee Studio merupakan syarikat percetakan baju yang berpusat di Kemaman, Terengganu dan telah beroperasi sejak tahun 2013. Terdapat pelbagai jenis cetakan yang ditawarkan, antaranya; cetakan silkscreen, heatpress, direct to garment (DTG), sulaman dan custom-made. Harga yang ditawarkan juga adalah mampu milik.


PRINT D TEE STUDIO
K-13550, Tingkat 1, Desa Solehah,
Kampung Mak Chili Paya, Chukai,
24000 Kemaman, Terengganu. 
Tel: 014-514 1022
Waktu operasi: 9 pagi - 6 petang (Ahad-Khamis)

11 comments

  1. Good info.. Pantai cantik... Boleh terjah jugak one fine day...

    ReplyDelete
  2. Bestnya Ty....jalan jalan dapat tajaan cenggini....Tak payah banyak keluar modal ek.
    Memang cantik pulaunya tu Teringinlah nak pergi. Nak pergi tempat tempat gini kena cukup korum Ty...kang kesian pulak anak yg tak de cuti tu huhu

    ReplyDelete
  3. Nk pergi nt insyaallah lepak bawa anak2 main pasir pantai

    ReplyDelete
  4. cantiknyaaa! tp lepas balik tu mesti terbakaq habis muka kalau tak pakai sunblock..

    ReplyDelete
  5. kak no yg stay kota tinggi ni pun x jalan mersing jauh mcm ni.. hahaha.. takde masa.. now mersing semakin cantik. banyak dah tempat2 yg unik.. ahould go there ones balik Msia.. tq darling

    ReplyDelete
  6. bestnyaaa!!! banyak pulau cantikk dekat sanaaa rupanyaa..... nice niceee

    ReplyDelete
  7. wowww menarik...
    gila cantik pulau2 ni

    ReplyDelete
  8. haritu husbndtengok dekat ketro online..die ckp ade pulau ni lawa..tengok2 Pulau Rawa..hehe

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.