Pakej Baru SSPN-i Plus dari PTPTN - Menabung untuk Masa Depan

Monday, May 9, 2016


Salam u olls,


K , meh nak kongsi dengan u olls perkara mungkin membawa manfaat untuk masa depan u olls. 

PTPTN baru ini melancarkan PAKEJ BAHARU SSPN-i Plus , sekaligus dengan Ejen Online PTPTN dan Penyampaian Hadiah Cabutan yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi sebagai wakil kepada YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi.

Apa itu SSPN-i Plus?

Antara pakej yang sediada Pakej INTAN adalah pakej paling murah. Kenapa murah? Sebab orang ramai hanya perlu menabung RM1/sehari saja. Yang mana menawarkan simpanan pendidikan dan perlindungan takaful sehingga RM40,000.00.

Pakej - pakej lain yang ditawarkan ;


Ini adalah menepati kehendak dan keperluan rakyat Malaysia. Mungkin selama ini ramai yang melabur di skim pelaburan yang lain untuk tujuan simpanan. Namun, dengan pakej baharu SSPN-i Plus ini bukan sahaja melabur untuk tujuan pendidikan tetapi juga mendapat perlindungan takaful, dividen yang amat kompetitif serta mendapat pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000 setahun dan patuh syariah.

Keistimewaan SSPN-i Plus




Walaupun hanya menabung dengan pakej terendah , orang ramai adalah layak untuk memenangi hadiah yang menarik dan lumayan yang mana diadakan setiap suku tahun. Antara hadiah yang boleh dibawa balik seperti gadjet , motorsikal dan kereta. Hadiah - hadiah ini akan dimenangi pada Hadiah Cabutan nanti.

Masa pelancaran baru ni ,  dapat tengok sendiri betapa gembiranya para pemenang yang memenangi hadiah - hadiah mereka. Takkan nak tengok saja , nak hadiah juga daftar lah.


YB Datuk Mary Yap Kain Ching bersama para pemenang Hadiah Cabutan

Siapa yang layak untuk memohon?


Daftar di SINI 

Buat yang nak jana pendapatan , boleh daftar sebagai Ejen Online PTPTN . Ini sekaligus dapat membantu orang awam untuk mendaftar secara atas talian tanpa perlu ke pejabat PTPTN dan sebagainya.


Tunggu apa lagi , daftarlah sekarang untuk masa depan u olls. Mudah - mudahan semuanya dipermudahkan.

Maklumat lebih terperinci di http://www.ptptn.gov.my/



4 comments

  1. Jom menabung beb! Best ni untung2 menang kondo...

    ReplyDelete
  2. Wow menarik..untung2 blh menang hadiah best2 kan Ty..Tak rugi menabung utk masa depan..Jom sama2 amalkan tabiat menabung..

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.