Khasiat Herba Cendawan Susu Harimau

Tuesday, May 10, 2016


Salam u olls , 

Pernah tahu atau dengar tentang Cendawan Susu Harimau tak? Ia adalah sejenis herba. Buat yang tak tau , meh Ty nak kongsi sikit info yang Ty tahu pun masa Ty berpeluang ke kilang yang mana tempat memproseskan Cendawan Susu Harimau ni di LiGNO Biotech Sdn Bhd

Antara hasil produk daripada Cendawan Susu Harimau

Nama sainstifiknya ialah Lignosus rhinocerus atau Polyporus rhinocerus. Tapi nama yang lebih dikenali ini berdasarkan kisah donggeng gitu , katanya lebihan susu yang diberikan kepada anak harimau itu jatuh di atas kulat / cendawan. 

Sebenarnya , ianya tidak menghasilkan susu. Setelah kajian dibuat , khasiatnya diperolehi adalah daripada "ubi" atau "Sclerotium" sahaja. Bukan pada pucuk cendawan itu.

Produk daripada Tigerus yang berasaskan Cendawan Susu Harimau telahpun berada di pasaran cumanya ramai orang awam tidak ketahui tentang khasiatnya.

Cendawan Susu Harimau ini sukar untuk diperolehi. Ia hanya dijumpai di hutan tropika sahaja. Antaranya di negara kita sendiri Malaysia , Indonesia , China Selatan , Thailand , Filipina dan juga Papua New Guinea.


Antara khasiat Cendawan Susu Harimau yang sesuai digunakan oleh individu mengalami:
- Batuk , 
- Selesema , 
- Alahan ,
- Asma / Lelah ,
- Sakit Otot , 
- Individu Aktif dengan aktiviti seharian , 
- Masalah Kulit ; Eczema ,
- Kanser.

Juga amatlah sesuai untuk semua orang tak kira lapisan umur. Boleh diamalkan sebagai supplement harian , tambah - tambah dengan keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ni. Boleh membantu kita kekal cergas dan cerdas sepanjang hari. In sha Allah.

Dah kata tadi ke kilangnya kan, jadi berkesempatan la Ty tengok cara - cara Cendawan Susu Harimau ni diproseskan.

 Guna beras sebagai nutrien yang masukkan ke dalam bekas yang bersih

Di masak di dalam ketuhar dengan 114°℃

 Setelah masak , dibiarkan sejuk sebelum di semai di "lab" khas sedia ada


 Proses terakhir adalah proses pengeringan sebelum menghasilkan produk


Produk - produk yang dihasilkan adalah :
1. Tigerus TMM
2. Tigerus Tea
3. Cocoa

Kesemua produk yang dikeluarkan adalah HALAL dan telahpun mencatatkan nama di Malaysia Book Of Record juga antara 20 Syarikat Bionext yang terpilih di Malaysia.

Bagi yang berminat untuk mengubati diri sendiri / orang tersayang juga menjadi agen pengedaran produk Cendawan Susu Harimau boleh la menghubungi pihak LiGNO Biotech di : 
Telefon : 1700 818 242
Facebook : fb.com/tigerusTMM

27 comments

  1. Badan jd kuat bertenaga , sy dah mula amalkan minum teh CSH ni setiap pagi.. panas tp kesannya amat bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya , Ty kerap selesema.. buat teh minum.. pelan2 beransur reda.

      Delete
  2. Oohhh, ingatkan memang betul asal dari susu harimau... Hahaha... Menarik produknya, teringin nak cuba juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah , bukan sorang dua ingat camtu.. sendiri pun ingatkan susu harimau. Hahaha...

      Delete
  3. Menarik juga boleh diamalkan sebagai suppliment harian ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye , buat cam minum pagi ke petang. Ada juga dibentukkan dalam kapsul. Mudah nk bawa ke mana - mana.

      Delete
  4. Interesting..i shld get one for my grandma..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes should. My Mummy & Daddy pun having it. So far good feedback from them. Alhamdulillah.

      Delete
  5. Ingat cendawan hanya ada untuk makan. Baru tahu ada yang boleh untuk diminum. Dan banyak khasiat pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kan.... Selalunya lebih kepada makan.. yes byk khasiat..

      Delete
  6. Nak try mnum.. Kat rumah ada sbiji cndwan mcm ni.. Tk tau lak berkhasiat

    ReplyDelete
    Replies
    1. For real... Kikis2 leh buat teh tu.. haha...

      Delete
  7. Teringin nk cuba la.. bagus cendwn ni ek. 1st time dgr

    ReplyDelete
  8. Teringin nk cuba la.. bagus cendwn ni ek. 1st time dgr

    ReplyDelete
  9. Pernah dgr crita pasal susu harimau ni..dongeng ke? Utk ubat lelah jugak..ketul2 bukan cair... mgkn ubi tu ler kot..org tua dulu2 cari dlm hutan..mgkn benda yg sama..hmm

    ReplyDelete
  10. Pernah dgr crita pasal susu harimau ni..dongeng ke? Utk ubat lelah jugak..ketul2 bukan cair... mgkn ubi tu ler kot..org tua dulu2 cari dlm hutan..mgkn benda yg sama..hmm

    ReplyDelete
  11. first time dengar cendawan susu harimau. ingatkan cendawan kukur tu dah paling rare. rupanya cendawan susu harimau lagi banyak khasiatnya

    ReplyDelete
  12. Dari cendawan blh buat minuman ....fuhh ini memang menarik..Paling menarik banyak pula khasiatnya ya Ty..Moga2 produk ini akan terus memberi manfaat kepada pengguna di luar sana..tq ty ..

    ReplyDelete
  13. Antara supplement yang buat aku teruja nak ambik. Sebab melibatkan rawatan pada paru-paru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paru - Paru kita bila di buka ia sebesar tennis court. Ya Ampun , kenapa lah smoking lagi.. rosak!!!

      Delete
  14. banyak betul khasiat dia. Bagus sangat kalau ada simpan dekat rumah ni

    ReplyDelete
  15. teh dia sedap ...letak madu sikit perghhh!

    ReplyDelete
  16. menarik.. tapi tak pernah cuba...

    ReplyDelete
  17. Sakit paru paru bolih makan cendawan Susu harimau nih..

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.